Hukum pakai telekung berwarna..

Saturday, September 07, 2013

Assalamualaikum..


Nampaknya keinginan nak beli telekung tu dah dapat...color pink lagi tuu... orang kedai tu asyik duk cakap pink lawa pink lawa... nak kelabu... dia kata xlawa... foineee...





Tapi lepas dah beli telekung baru terpk boleh ke kaler bagai nih? haaa jom tengok jawapan pakar =D





Antara jawapan2:

1. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat) - SUMBER


2. "Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. " SUMBER


3. From ImamMudaAsyraf =)


"Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”
Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih."



 OK dapat semua? hehe bagus anak muridd =D semoga ilmunya bermanfaat ya... sebarkan... sedekah pahala kat aku kayhh...secara tidak langsung koma pon dapat juga ^_______^ insyaAllah...



IKLAN:


like our page "Shiqin Sunshine Collection" to get latest update ladiess!! 
(^______^)v



  THANX FOR READING THIS ENTRY!!

8 comments

  1. blogwalking pagi sabtu sambil siapkan assignment. akak pernah dengar sorang ustaz beritahu 'jika dgn telekung yg berwarna warni itu menghilangkan kekhusyukan, jadi makruh memakainya". Tak ingat dah nama ustaz tu. Nice info :)

    ReplyDelete
  2. Nice sharing akak! ^^ Lia ingatkan takboleh, sbb ustaz cakap , pakai wrne putih sbb nanti kain kafan wrne putih jugak.. btw, lia blogwalking cni balik!

    ReplyDelete
  3. salam. tumpang tanya..kat mana beli telekung tu ?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ~ tp, klau x silap.... solatnya mmg sah.. tp, klau dia pkai telekung cmtu.. then, dlm saf .... boleh mngganggu kekhusyukan org lain.... dikiran MAKRUH :) wAllahu'alam :D kalu slah tegoq :3

    ReplyDelete
  5. terima kasih . info yang sangat berguna :D

    ReplyDelete
  6. blogwalking smbil bljar dr tutorials blog akak.. Nice blog~ ^^

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda