Resipi Kuih Raya (Biskut Almond London)

Wednesday, July 24, 2013


Assalamualaikum semua... tahun ni aku tak buat kuih raya.... busy busy... nak share resipi je...jom zasss!!




nanti macam ni la jadi...letak lah badam banyak mana korang ni... ehehe.. =p





Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 blok butter cup
1 ½  cawan gula halus
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
1 cawan Corn Flakes yang dikisar halus dalam satu cawan untuk kasi biskut rangup
2 coklat bar
Jangan lupa… sarung biskut Almond London! ~~
Kacang badam satu paket (bakar dahulu di dalam oven sehingga perang, dalam lingkungan 15 minit)
Badam hancur satu paket (bakar dahulu di dalam oven sehingga perang, dalam lingkungan 15 minit)


 kalau tak nak letak badam hancur, boleh letak coklat putih kat atas ^_______^


Cara-Cara
1. Pukul gula bersama butter cup sehingga kembang (berbuih)
2. Masukkan telur, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung2, corn flakes, serta serbuk koko dan uli sehingga menjadi doh.
4.  Setelah itu boleh lah menggengtel kuih anda!

5. Setelah siap, bolehlah dibakar selama 15 minit , suhu 150 darjah.
6. Biskut yang siap dibakar bolehlah dicelup dalam coklat.


Time cuti aritu aku, mak dengan abah je dekat rumah.. Jadinya kitorang bertiga lah buat same2~~

TIPS:
1. Kalau nak mudah, sambil menggentel kuih, bolehlah bakar mana yang da siap digentel.
2. Biskut yang siap diletakkan dahulu ke dalam satu bekas sebelum dicelup ke dalam coklat supaya tak terlalu bersepah.
3. Cairkan coklat bar dengan menggunakan “double boiling” contohnya, panaskan air ke dalam kuali, kemudian masukkan coklat bar ke dalam periuk kecil dan letakkan di dalam kuali yang berisi air tadi. Jangan lupa masukkan butter untuk memudahkan proses pencairan coklat bar ye. Inilah namanya double boiling… hehe

SIAP! Selamat Mencuba
(n______n)V


4 comments

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,onie ni tak start apapun lagi buat kuih,huwarrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. salam ramadan
    dah lama tak buat almond london ni

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak buat olomonlondon ni. Lpsni leh buat hihi

    ReplyDelete
  4. Fana nak try la. Tahun lepas buat tak menjadi. Huhuhu

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda