Assalamualaikum semua... tahun ni aku tak buat kuih raya.... busy busy... nak share resipi je...jom zasss!!
nanti macam ni la jadi...letak lah badam banyak mana korang ni... ehehe.. =p
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 blok butter cup
1 ½ cawan gula halus
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu esen vanilla
1 biji telur
1 cawan Corn Flakes yang dikisar halus dalam satu cawan untuk
kasi biskut rangup
2 coklat bar
Jangan lupa… sarung biskut Almond London! ~~
Kacang badam satu paket (bakar dahulu di dalam oven sehingga
perang, dalam lingkungan 15 minit)
Badam hancur satu paket (bakar dahulu di dalam oven sehingga
perang, dalam lingkungan 15 minit)
kalau tak nak letak badam hancur, boleh letak coklat putih kat atas ^_______^
Cara-Cara
1. Pukul gula bersama butter cup sehingga kembang (berbuih)
2. Masukkan telur, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung2, corn flakes, serta serbuk koko dan uli
sehingga menjadi doh.
5. Setelah siap, bolehlah dibakar selama 15 minit , suhu 150
darjah.
6. Biskut yang siap dibakar bolehlah dicelup dalam coklat.
TIPS:
1. Kalau nak mudah, sambil menggentel kuih, bolehlah bakar mana yang da siap digentel.
2. Biskut yang siap diletakkan dahulu ke dalam satu bekas sebelum dicelup ke dalam coklat supaya tak terlalu bersepah.
3. Cairkan coklat bar dengan menggunakan “double boiling” contohnya, panaskan air ke dalam kuali, kemudian masukkan coklat bar ke dalam periuk kecil dan letakkan di dalam kuali yang berisi air tadi. Jangan lupa masukkan butter untuk memudahkan proses pencairan coklat bar ye. Inilah namanya double boiling… hehe
SIAP! Selamat Mencuba
(n______n)V
- Wednesday, July 24, 2013
- 4 Comments