ASSALAMUALIKUM SEMUA!! Heheh, beberapa hari yang lepas aku dengar pengisian ilmu di radio IKIM [Biar betol kau dengar IKIM Shiqin! For da fest time!!.OK tipu...]. Hehehe, siapa tak kenal kan IKIM FM...
Tahukah anda? Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu Bulan...iaitu bersamaan dengan 83 tahun 3.6 bulan lebih kurang 4 bulan...hehe yang ni aku tahu dari ustaz yang bagi tazkirah pada hari aku dengar IKIM tu...dan aku kira sendiri untuk kepastian. [saja nak test math aku power lagi ke dop.. >.< kikiki]
Menurut ustaz tu, alamak aku tak catat lak nama dia.... Malam Lailatul Qadar ni akan tiba antara dari waktu Maghrib sehinggalah Subuh.
Then, ustaz tu khabarkan lagi, segala amalan yang dilakukan pada Lailatul Qadar
itu dengan ikhlas dikira sebagai pahala 1000 bulan. MasyaAllah. Jadi, bersediakah kita semua?
Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat iaitu hati yang bersih.
Bagaimana dengan perempuan uzur? melepas?? alahai kesian...tak mengapa sebenar nya ramai orang dah mindset kan minda bahawa beramal je mesti solat sunat, membaca al-Quran sahaja kan? hehe, habis yang kita buat baik tu tak dikira sebagai amalan? huhu,
So, berbuat baiklah seperti menolong ibu bapa ke, berzikir, membaca makthurat niat untuk berzikir, tolong kemas rumah ke, dan pelbagai lagi yang penting ikhlas la kan.....hehe bak kata ustaz tu...
Korang tolong pasang langsir pun sekiranya ikhlas haa dapatlah pahala pasang langsir 1000 bulan...hehe, dan banyak zikir2 yang perempuan ABC ni boleh baca...
So, jangan lepaskan peluang 10 malam terakhir!! (^^,) INSYAALLAH, jika dipanjangkan umur...
Korang tolong pasang langsir pun sekiranya ikhlas haa dapatlah pahala pasang langsir 1000 bulan...hehe, dan banyak zikir2 yang perempuan ABC ni boleh baca...
So, jangan lepaskan peluang 10 malam terakhir!! (^^,) INSYAALLAH, jika dipanjangkan umur...
p/s: ABC? [ALLAH BAGI CUTI] huhu...banyak khilaf tentang malam Lailatul Qadar ni, so aku ambil yang mana dipersetujui ramai...=) anything nak share? silakan...
- Tuesday, August 07, 2012
- 10 Comments