Assalamualaikum...
Nampaknya ZTE ni bukan calang2 simcard boleh masuk.. Aku rasa ALCATEL pon ada masalah yang sama. So tanpa membebel panjang aku share cara nak unlock sim me yang ni contoh model ZTE V793 yang pakai dual sim dan model lain pon boleh kot:
KENAPA NAK UNLOCK SIM ME?
- Korang boleh gunakan sim card yang lain untuk masuk dalam first sim card holder *for dual sim handphone
- Kalau tak unlock sim me, korang tak boleh layar internet menggunkan on data mobile.. wireless sahaja boleh
CARA-CARA:
1. Dapatkan imei code dengan menekan *#06#
LEPAS TU AKAN KELUAR NOMBOR PANJANG TU KAN? *salin kat mana2
2. Ada sesetengah customer service dia minta nombor DIGI yang berdaftar masa mula2 beli handphone tu, so be prepared je lah
3.Siap sedia untuk contact DIGI customer service: (Tak kisahla korang nak pakai sim ape kena call DIGI customer service untuk unlock SIM ME OK)
016-299 8888
Tak pasti 24 hours ke ape. Better call dalam pukul 9 a.m-6 p.m Kalau pagi2 tu lagi ok kot....
4. Lepas tu dia akan tanya nak cakap dengan perunding ke apa, then soalan yang perlu ditanya:
Selamat pagi encik, boleh saya dapatkan code untuk unlock SIM ME model ZTE/ ALCATEL? *haa siap tolong buat ayat lagi... xD
Lepas tu dia akan minta IMEI code korang tadi...Lepas tu salin key code yang diberi, lepas tu korang enter code tu dan siap! Sim card lain dah boleh dipasang pada sim holder yang pertama *for dual sim phone
p/s: Aku baru je tahu sistem handphone ni macam tu, penat jugak duk godek2 satu hari.... #alhamdulillah boleh jugak... punyalah ingat ni handphone takde function la ape la...ahhaha... yang dah tahu tu diam2 je.... #kbye
KORANG NAK TAHU APA LAGI? MUNGKIN BOLEH JUMPA DI SINI
THANX FOR READING THIS ENTRY... FEEL FREE TO SHARE!
(^_________^)V
- Thursday, October 09, 2014
- 8 Comments