Doktor Sarankan Ubat Ni Untuk Alahan Waktu Pregnant

Friday, November 29, 2019

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak share pengalaman aku menghidap sinusitis atau terkenal dengan alahan resdung plus alahan muntah dan pening sepanjang first trimester (3 bulan pertama) semasa hamil. Aku adalah penghidap resdung yang agak teruk jugakla sebab immune system aku memang tak kuat. Punca dia mungkin sebab genetic since mak aku pon ada resdung begitu juga adik beradik yang lain tapi tak seteruk aku.
SUMBER: INTERNET

BENDA YANG AKU ALLERGIC

Lain orang lain alahan dia. Depends pada body masing-masing. Ada yang bila alahan, satu badan gatal-gatal, ada yang jerawat tumbuh, ada yang sesak nafas so depends pada body reaction masing-masing.

Aku memang alah dengan habuk, sejuk yang melampau dan seafood. Kalau aku makan seafood or terdedah dengan habuk dan sejuk melampau, hidung aku mula lah bersin non-stop sampai kepala and telinga pon sakit. Lagi-lagi bila tahap immune system aku memang rendah especially time nak period. 

Tapi, alhamdulillah masuk je trimester kedua (3 bulan ke atas) pregnant, alahan aku kurang. Aku boleh makan seafood yang selama ni aku alah tanpa perlu makan ubat. Subhanallah rasa nak nangis je =') Tak pernah dapat nikmat makan seafood sesuka hati macam ni. Minggu ni dah masuk 33 weeks dah. 
SUMBER: INTERNET

UBAT YANG DOKTOR SARANKAN
Pada asalnya, aku disarankan oleh Dr Pakar untuk ambil clarinase and oxynase nasal spray. Tapi since aku dah pregnant sekarang, Dr suruh aku stop ambil clarinase and oxynase. 

Dr just recommend untuk ambil ubat lain seperti piriton, cetrizine, or loratadine yang kurang berkesan dengan aku. Untuk muntah dan pening pon ada ubat jugak tapi aku tak makan pon. Just makan panadol tu pon jarang sangat.. hehe

SUMBER: INTERNET

Waktu aku first trimester, ada dalam lebih 3 hari aku selesema sampai perut aku pon sakit sebab asyik bersin. Bersin aku bukan biasa-biasa tau. Aku tak control punya. Wakaka... Memang rasa bergegar dunia..Hhaaha hyperbola betol. 

So last2 Dr prescribed aku dengan antibiotic (Augmentin tablet) untuk 5 hariFYI, Augmentin inshaAllah memang sesuai untuk ibu mengandung walaupun di first trimester. So, sekarang aku stop ambil ubat selesema and habiskan antibiotic dulu. Kalau still tak okay baru aku jumpa Dr balik. Tapi alhamdulillah dah ok =) 

Cuma untuk muntah-muntah tu Dr cakap jangan sesekali biar perut kosong sambil cakap "Kalau awak tak boleh makan langsung then kita bagi IV Drip (masuk air)" so aku pon tak naklah kan...huhu Yang ni aku ada cerita macam mana aku buat. Baca sampai habis okayh.

By the way, mesti ada yang tertanya-tanya tak makan vitamin C ke? Aku ada ambil Redoxon 1000mg tapi tak tahu kenapa bila makan jadi makin teruk selesema so aku pon stop... Last2 banyakkan makan buah and sayur je. hehe pastu pagi2 minum air suam perah jus lemon skit.
SUMBER: INTERNET

LAIN-LAIN NASIHAT DOKTOR
Dr pon ada advice aku pakai penutup muka pergi mana-mana pon... So, kat luar aku memang pakai purdah memang kurang selesema sejak pakai purdah/niqab.. =) Cuma kadang-kadang aku pakai je mask pergi mana-mana pon sebab senang mask ada banyak stok. Purdah kadang-kadang bawak extra pon still tak cukup sebab dah bersin kena tukar selalu.
SUMBER: INTERNET

Selain tu, aku kena avoid benda-benda yang aku alah termasuklah kucing =(. Aku tak alah dengan kucing cuma takut ada apa-apa jangkitan yang aku tak nampak boleh menyebabkan aku alah.

Makanan pon aku cuba elak apa yang aku alah cuma bila makan kat luar tak sure rencah apa yang diorang pakai kadang-kadang aku tiba-tiba bersin teruk. So, aku banyak masak kat rumah walaupun kadang-kadang tak larat nak masak, demi baby gagahkan jugak diri ini. Ni waktu first trimester jela time ni jauh dengan family and suami.. Sekarang bantai je semua makanan.. hahah

So, waktu kat rumah sewa tu aku kenalah berdikari sendiri walaupun kadang-kadang tu hati tak kental, nangis la sorang-sorang dalam bilik. Housemate and officemate pon dah banyak tolong, so aku tak nak susahkan diorang selalu. 



I'm Strong Lady!! Be Happy!
SUMBER: INTERNET

Aku selalu standby masak banyak-banyak sebab kadang-kadang aku makan muntah so dah ada makanan lebih aku boleh isi balik. Kalau nak cepat, aku sapu je roti dengan planta and gula atau garlic spread pon aku buat sendiri je. RESIPI TENGOK KAT SINI.

Oklah rasanya sekadar itu je dulu perkongsian aku harini. InshaAllah lain hari aku share lain-lain experience aku sepanjang hamil ni okayh. Doakan aku and baby sihat selalu jadi anak soleh inshaAllah aminn =)

4 comments

  1. Banyak juga alahan tu. Takpe, nanti mesti akan merindui pengalaman ni kan. Semoga dipermudahkan segala urusan. AAminn...

    ReplyDelete
  2. Tak care ye Shiqin.... bahagian memasingkan. Alhamdulillah bila immunity Shiqin dah semakin kuat. Dah boleh makang sup seafood sokmo ni hihh

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan
    . aminn

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda