Pengalaman Pakai Purdah dan Niqab [PART 2]
Sunday, September 16, 2018
Assalamualaikum..
Ok ini adalah entry sambungan daripada ENTRY SINI. Klik link tu untuk baca okayh. Kisahnya dalam post ni aku nak share apa cabaran bila sudah berpurdah atau berniqab ni.
PANDANGAN ORANG
Firstly, tunang aku. Of course la dia suka sebab dia yang galakkan aku berniqab atau berpurdah. Mesti dalam hati korang cakap, aku pakai sebab manusia kan? Ye, memang pada asalnya aku nak jaga hati dia. Tapi macam aku share dekat entry sebelum ni. Aku memang ada niat nak berpurdah/berniqab cuma hati je tak kental and macam2 lah fikir.
Tapi bila dah pakai tu rasa macam lain tau. Entahlah tak tau nak cerita macam mana. Rasa macam kau budak baik sangat. Bila jalan mana-mana memang orang pandang tapi ada yang tunduk hormat macam tu. Aku rasa macam ya Allah aku tak layak pon dapat tunduk hormat tu semua. Ada plak yang pandang aku pastu cepat2 dia toleh tempat lain.
And tak dinafikan ada juga yang tengok je mata aku. So, aku cepat2 aku toleh. Bukan tu je, dalam fikiran aku budak-budak mesti takut nampak aku. Tapi tak pon =') diorang tak takut pon. huhu.. Cuma ada la dua tiga yang tak pernah nampak dia tengok je aku, pastu bila aku pergi dekat diorang, diorang takut. hahaha
Family aku? Mula-mula memang aku menggigil nak balik rumah pakai purdah. Tak tahulah kenapa. haha Mungkin sebab rata-rata aku tengok niqabis dia share family diorang tak kasi pakai purdah. Siap marah lagi bila berpurdah bagai. So, memang time tu tak kuat sangat. Tapi bila sampai je rumah semua macam tengok aku pastu macam takde pape berlaku. Aku salam tangan parents aku pastu masuk bilik macam takde pape berlaku. Alhamdulillah sangat2. =')
Jangan cakaplah hati ni menangis fikir macam2 end up sebenarnya fikiran aku ni je yang propa lebih.Tak henti2 aku doa supaya Allah permudahkan perjalanan aku ni =') dan alhamdulillah aku dah ada banyak koleksi purdah dan niqab. Satu set dengan tudung lagi untuk starting hehe. Mahal jugak rupanya purdah and niqab ni tapi tak sangka aku jumpa jugak yang murah. Gigih aku survey tau. Nak tau? Nanti aku share kan dalam next post okayh =)
Sekian sahaja, dari Shiqin yang masih belajar. =)
This is auto-post entry. Hence date mentioned in this article might not be the same with the posted date.
Sekian sahaja, dari Shiqin yang masih belajar. =)
This is auto-post entry. Hence date mentioned in this article might not be the same with the posted date.
6 comments
Alhamdulillah...syukur..
ReplyDeletealhamdulillah doakan ye =)
Deleteaku pulak bila pakai rasa macam the ninja!
ReplyDeletehuhu boleh jadi ninja lawan musuh2 Allah ;) inshaAllah hehe
Deleteassalammualaikum... sy pon pnyai pngalaman yg sama mcm awk.. cuma sy x pndai buat blog je utk share pngalaman sy.. alhmdulillah smpai skrng sy pkai purdah n yup mula2 dulu sy ggih beli purdah set n lama2 da tahu nk pkai n beli kat mana.. tp tu la, hnya pakai hari x berkerja atau kluar rumah saja.. masa berkrja x di bnarkn pakai so x pe lah sy follow the flow je la, asal kan sy tahu niat sy.. sama2 kita blajar ye sis..
ReplyDeleteWaalaikummussalam... InshaAllah semoga kita terus istiqamah dan Allah bg hidayah kpd yg xtahu niat baik kita ;')
DeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda