Beza Purdah, Niqab dan Burka: Pengalaman Mula-Mula Berpurdah dan Berniqab
Friday, September 14, 2018
Assalamualaikum...
Nampaknya dah lama aku tak buat sharing session kat blog ni. Bukan apa, mood nak membaca lagi tinggi dari menulis.. Maklumlah sekarang masih bertatih lagi nak tuntut ilmu sebanyaknya tak kisahla ilmu fardhu a'in atau fardhu kifayah.
Ok, berbalik pada topik kita hari ni.. Pengalaman aku mula-mula nak berhijrah untuk berpurdah dan berniqab. Tapi sebelum tu, jom aku nak share apa beza purdah, niqab dan burka. Ni gambar aku google je...hehe
Macam ni purdah. nampak dahi. Ada yang jenis ikat kebelakang atau pakai getah dan ada juga yang pin kiri kanan. Selalunya orang pakai purdah dalam tudung.
Yang ni niqab... Nampak mata je.. design dia ada yang lebihan kain macam dalam gambar ni atau yang simple just ikat je kat belakang macam ninja. Niqab selalunya orang ikat kat luar dan ada juga yang ikat kat dalam ikut keselesaan masing2.
UPDATED: Pemahaman kat atas ni adalah pemahaman yang kurang tepat termasuklah saya suatu ketika dulu. Sebenarnya purdah dan niqab adalah benda yang sama.. Purdah dalam bahasa Melayu Niqab dalam bahasa arab cuma cara pemakaian adalah berbeza ;) Tapi dah melekat sampai sekarang purdah tak cover dahi niqab cover dahi..hihi sbb kat pasaran senang nak bezakan..hehe
Burka menutupi semua anggota badan dan di bahagian mata seperti jaring dan hanya dia sahaja yang boleh melihat orang.
Sekian sedikit pengenalan berkenaan purdah, niqab dan burka. Ok jom back to the main topic!
NIAT MULA-MULA NAK BERPURDAH/BERNIQAB
Macam mana tergerak hati nak berpurdah/niqab?
Sebenarnya start dari Degree dulu nak pakai purdah sebab aku naik motor lagi-lagi asap and jerebu kan. So niat time tu memang nak elak habuk semua sebab aku memang alahan dengan habuk.
Tapi memang pihak universiti tak benarkan atas faktor keselamatan and pernah ada kes penyamaran so memang tak dibenarkan. Yela ramai kan kalau nak scan satu2 macam kat airport tu huhu.. So aku pon pasrah jela then pakai mask je...Jadila mask rider huhu...
Memang aku ada main-main cakap dengan kawan aku nama Mimi nak beli purdah nak pakai semua.. Dia pon support aku tapi time tu tak berapa kental lagi hati nak cuba huhu..
PENGALAMAN MULA-MULA BERPUDAH DAN BERNIQAB
Then few years lepas tu memang tergerak hati nak pakai sebab dah habis belajar kan. Aku memang add friends semua yang berpudah and berniqab nak cari semangat punya pasal. Tapi sementara tu aku try perbaiki diri and cari pakaian yang lebih labuh dari sekarang.
Sekarang ni still menutup aurat cuma kena jaga pergerakan. Yela kalau terlebih gerak geri kang nampak bentuk semua macam tulah..huuhu kalau labuh ni kau buat la macam mana pon takkan nampak bentuk badan and senang bawa solat tak perlu nak pin sini sana.
Instagram post yang purdah and berniqab semua aku like. Tapi hati still xkental lagi sebab dalam hati "orang mesti tengok kau pelik and lagi lama dia tatap kau". Aku pon batalkan niat semua sampailah tunang aku bagi hint.
Dia selalu share gambar perempuan berpurdah dia cakap cantik kalau tertutup macam ni. Ni tunang aku share gambar yang tak nampak muka sangat tau. Bukan gambar yang pakai purdah pastu bercelak bagai tu.. Hehe
Lepas tu aku cakap lepas kahwin baru pakai. Dia pon tak paksa aku nak pakai. Dia cakap ok je tapi dia galakkan and lama2 aku rasa macam bersalah plak. Haa time ni memang niat aku pakai sebab dia. Dia siap pesan perempuan lawa ni ada dua jenis. Satu orang pandang dengan bernafsu dan satu lagi orang pandang sebab hormat.
Tapi dalam hati aku asyik memberontak cakap "orang cantik je pakai ni, aku bukan cantik sangat pon". Tapi aku lawan jugak, so aku pun cuba berniqab dan bila tu biarlah rahsia =) Mula-mula memang bukak tutup jugakla dalam seminggu macam tu. Tapi lepas tu aku cuba maintain sampai sekarang kecuali ada kes2 tertentu yang perlukan aku untuk membuka purdah/niqab. Sebab tak wajib nak pakai so aku tak gigih nak fight bagai sebab diorang ada sebabnya tersendiri. Aku redha and follow the flow.
So, apa cabaran lepas dah beniqab/berpurdah ni? Macam mana penerimaan family kawan-kawan dan orang sekeliling? Macam mana time makan semua? Macam mana dengan aktiviti sukan especially sukan air macam snorkeling ke? Still berpurdah ke kalau snorkeling? Nanti aku sharekan dalam next post okayh ;)
Till then peeps! Sekian sahaja daripada Shiqin yang masih belajar. =)
0 comments
Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda