Review Restoran Emak Engku Cheras #SiakapPadu
Monday, June 12, 2017
Assalamualaikum..
TEMPAT MAKAN BEST DI CHERAS, RESTORAN EMAK ENGKU | Minggu lepas saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger di Restoran Emak Engku.
Majlis iftar yang dianjurkan oleh Hai Blogger! ini adalah merupakan tahun ke-4 bagi meraikan rakan-rakan bloggers berbuka puasa bersama-sama. Nampak tak dia punya setia pada Restoran Emak Engku! hehe..
TERKENAL DENGAN MENU MASAKAN THAILAND?
TERKENAL DENGAN MENU MASAKAN THAILAND?
Sebelum saya cerita lebih lanjut lagi, apa kata kita tengok menu special yang dihidangkan untuk berbuka puasa;
Siakap Stim Limau, Siakap 3 Rasa, Daging masak merah, Kailan Ikan Masin, Tomyam Campur, Kerabu Mangga, dan Kerabu Perut. [SUMBER PIC]
Memang standard menu masakan Thailand bukan? hehe patutlah pernah menjadi viral sebagai salah satu restoran masakan Thailand!
Tengok sahaja kuah siakap stim limau nya memang mengancam! Rasanya memang unik lah! Fuhh..
Harga pula amatlah berpatutan.. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan buah colek, bubur hitam dan pengat pisang! Kalau korang nak makan Western Food pon ada tau..
Petikan Harian Metro | Siakap Stim Limau Lima Bintang! Generasi ke-3 pemilik Restoran Emak Engku, dari kiri Puan Endon dan anakandanya, Azreen.
Jangan risau kalau pergi time bulan Ramadhan ni sebab surau disediakan dan Masjid pon ada di area berdekatan... Jalan skit dalam 300 meter.. Hehe.. Parking pon mudah inshaAllah..
Kami sudah sampai sini... Jadi anda bila lagi? Hehe.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Restoran Emak Engku dan kepada semua yang turut terlibat menjayakan majlis iftar kali ini Cookies Most Wanted, Olicandy, VS Lip Glow, Bigads, Faridism Production dan semua artis jemputan: Ainz Mentor, Jojo, Zetty Rashid da Aliff Reza (Artis bawah naungan Azlan Typewriter)!!
UNTUK TEMPAHAN DI RESTORAN EMAK ENGKU
ALAMAT : RESTORAN EMAK ENGKU (WAZE)
NO 15 JALAN INDAH 26 TAMAN CHERAS INDAH 56100
CHERAS KUALA LUMPUR
NO PHONE : 0172254215 (EN.AZREEN)
FB PAGE : RESTORAN EMAK ENGKU & WESTERN SPECIAL
INSTAGRAM: RESTORAN EMAK ENGKU
Selamat berpuasa semua!!
2 comments
Ya Allah sedapnyaaa.. nanti boleh cuba try test makan siakap kat sini... terliur wehhh!
ReplyDeletesinggah ramadhan
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda