RAIKAN HARI WANITA SEDUNIA BERSAMA STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Friday, March 10, 2017

Assalamualaikum…


Baru-baru ini terdapat satu sambutan yang penuh istimewa buat wanita di seluruh dunia iaitu sambutan Hari Wanita Sedunia!

Walaupun wanita seringkali dianggap lemah, namun peranan wanita sangat penting sehingga terdapat 3 budaya menceritakan kehebatan seseorang wanita iaitu 
  • Tangan yang menghayun buaian mampu mengongcang dunia
  •  Behind every successful man is a woman
  • Wanita menjungjung separuh langit

Sempena sambutan hari wanita sedunia, sebuah badan berorganisasi iaitu Stellavingze International telah mengadakan sambutan Hari Wanita Sedunia bagi meraikan semua wanita dengan menanamkan sifat penuh dedikasi dalam diri setiap wanita bagi menjalani kehidupan seharian tidak kiralah suri rumah mahupun yang sudah berkerjaya.


Pasti ramai dalam kalangan pembaca ini yang sudah bekerjaya bukan? Banyak komitmen yang perlu diberikan di tempat kerja dan begitu juga keluarga di rumah.

Macam saya sendiri, walaupun masih belum berumah tangga, saya perlu menjaga parents saya dan yang paling penting saya perlu ada bersama mereka ketika mereka memerlukan saya.

Walaupun saya sibuk bekerja, saya akan cuba apa yang terbaik buat keluarga saya kerana berpegang kepada prinsip “family first” =)… Alhamdulillah bosses semua memahami…

Sebagai sebuah badan organisasi, Stellavingze International banyak membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan serta mengadakan sebuah majlis makan malam bagi mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.

Tujuan anjuran sambutan hari Wanita sedunia ini adalah untuk membuktikan bahawa Wanita Di dunia ini mampu mengorak langkah dalam mengendalikan krisis dan membuat keputusan seperti kaum lelaki secara tidak langsung memartabatkan kedudukan Wanita Di mata dunia.




Antara jemputan wanita-wanita hebat pada majlis makan malam anjuran Stellavingze International ialah:
  •  Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  •  Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
  • Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
  • Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavinge International
Kalau korang nak tahu, majlis ini juga bertujuan untuk menggalakkan wanita keluar dari zon selesa dan mengorak langkah mencari kehebatan dan potensi dalam diri mereka tidak kiralah bidang ekonomi mahupun menyumbang kearah kemakmuran Malaysia.

Dengan adanya majlis sambutan hari Wanita sedunia ini ianya telah berjaya membuka mata dunia supaya menghargai segala usaha yang Wanita telah sumbangkan.




Antara VVIP yang sangat dikenali oleh kerana jasa mereka dalam membantu membangunkan negara dan juga memartabatkan kedudukan wanita ialah Tan Sri Dtin Paduka Hajah Zaleha Ismail dan Datin Azizan Bt Hj Shariff. Kehadiran mereka di majlis ini memberikan inspirasi kepada wanita-wanita di Malaysia untuk terus maju dan lebih bahagia dalam kehidupan.

Menurut Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail, wanita amat penting dalam memainkan peranan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia seterusnya menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.

Begitu juga pendapat Datin Azizan Bt Hj Shariff wanita yang cemerlang adalah asset negara yang paling berharga. Oleh itu, beliau menggalakkan semua wanita meningkatkan ilmu dan mengasah skill bagi mengecapi impian masing-masing.

Sesuailah dengan pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan mudah berputus asa dan teruskan mengejar impian di samping berkorban tenaga dan masa demi kebahagian insan tersayang. =’)


Mengenai Stellavinge International


Diasaskan oleh Datuk Stella Chin, seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suami menerajui pasaran global. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Business dan juga The International Diamond Prize for Excellence Quality (ESQR). Beliau juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak yang amat penyayang.

Oleh kerana beliau melihat kecenderungan wanita untuk melupakan cita-cita dan menjadi suri rumah atau mengejar cita-cita dan mengabaikan keluarga di rumah, beliau telah mencipta sebuah formula kebahagiaan wanita dan mengasaskan Stellavingze International.

Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Stellavinge, sila rujuk http://www.stellavingzeinternational.com




1 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda