Baru-baru ini terdapat satu sambutan yang penuh
istimewa buat wanita di seluruh dunia iaitu sambutan Hari Wanita Sedunia!
Walaupun wanita seringkali dianggap lemah, namun
peranan wanita sangat penting sehingga terdapat 3 budaya menceritakan kehebatan
seseorang wanita iaitu
- Tangan yang menghayun buaian mampu mengongcang dunia
- Behind every successful man is a woman
- Wanita menjungjung separuh langit
Sempena sambutan hari wanita sedunia, sebuah badan
berorganisasi iaitu Stellavingze International telah mengadakan sambutan Hari
Wanita Sedunia bagi meraikan semua wanita dengan menanamkan sifat penuh
dedikasi dalam diri setiap wanita bagi menjalani kehidupan seharian tidak
kiralah suri rumah mahupun yang sudah berkerjaya.
Pasti ramai dalam kalangan pembaca ini yang sudah
bekerjaya bukan? Banyak komitmen yang perlu diberikan di tempat kerja dan
begitu juga keluarga di rumah.
Macam saya sendiri, walaupun masih belum berumah
tangga, saya perlu menjaga parents saya dan yang paling penting saya perlu ada
bersama mereka ketika mereka memerlukan saya.
Walaupun saya sibuk bekerja, saya akan cuba apa yang
terbaik buat keluarga saya kerana berpegang kepada prinsip “family first” =)…
Alhamdulillah bosses semua memahami…
Sebagai sebuah badan organisasi, Stellavingze
International banyak membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi
kebahagiaan serta mengadakan sebuah majlis makan malam bagi mengumpulkan wanita
Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran
negara.
Antara jemputan wanita-wanita hebat pada majlis
makan malam anjuran Stellavingze International ialah:
- Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
- Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
- Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
- Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavinge International
Kalau korang nak tahu, majlis ini juga bertujuan
untuk menggalakkan wanita keluar dari zon selesa dan mengorak langkah mencari
kehebatan dan potensi dalam diri mereka tidak kiralah bidang ekonomi mahupun menyumbang
kearah kemakmuran Malaysia.
Antara VVIP yang sangat dikenali oleh kerana jasa
mereka dalam membantu membangunkan negara dan juga memartabatkan kedudukan
wanita ialah Tan Sri Dtin Paduka Hajah Zaleha Ismail dan Datin Azizan Bt Hj
Shariff. Kehadiran mereka di majlis ini memberikan inspirasi kepada
wanita-wanita di Malaysia untuk terus maju dan lebih bahagia dalam kehidupan.
Menurut Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail,
wanita amat penting dalam memainkan peranan untuk membina sebuah keluarga yang
bahagia seterusnya menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.
Begitu juga pendapat Datin Azizan Bt Hj Shariff
wanita yang cemerlang adalah asset negara yang paling berharga. Oleh itu,
beliau menggalakkan semua wanita meningkatkan ilmu dan mengasah skill bagi
mengecapi impian masing-masing.
Sesuailah dengan pepatah di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Jangan mudah berputus asa dan teruskan mengejar impian di
samping berkorban tenaga dan masa demi kebahagian insan tersayang. =’)
Diasaskan oleh Datuk Stella Chin, seorang
usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suami
menerajui pasaran global. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij
seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Business dan juga The
International Diamond Prize for Excellence Quality (ESQR). Beliau juga
merupakan seorang ibu, isteri dan anak yang amat penyayang.
Oleh kerana beliau melihat kecenderungan wanita
untuk melupakan cita-cita dan menjadi suri rumah atau mengejar cita-cita dan
mengabaikan keluarga di rumah, beliau telah mencipta sebuah formula kebahagiaan
wanita dan mengasaskan Stellavingze International.
Fungsi
Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik
keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Stellavinge, sila rujuk http://www.stellavingzeinternational.com
- Friday, March 10, 2017
- 1 Comments