Tamat sudah pengajian dalam Environmental Health and Safety, UiTM

Sunday, August 14, 2016

Assalamualaikum..

Harini aku nak up cerita kisah perjalanan hidup sebagai seorang pelajar.... hehe... Korang kisah ke tak tu korang punya pasal... hahaah

Selalu bila aku ada masa terluang, aku baca balik entry2 yang aku tulis sendiri untuk terus beri inspirasi kat diri sendiri... ecewahh



Semua Ketentuan Dari-Nya jua...


Tawaran Sambung Medic

Tamat je SPM, terus keluar macam2 surat tawaran... Tapi apakan daya mostly tawaran sambung belajar dari pihak swasta... Tapi ada satu tawaran yang aku teringin sangat nak pergi... 

Tawaran buat Medik di Mesir...  Bila tanya membe, dia cakap tak semua dapat offer macam ni... Then, biasiswa akan diberikan selepas bermulanya pengajian... 

Tapi belanja nak beli barang2 segala nak pergi sana semua kena beli dulu... Apakan daya family xberapa nak mampu... Time tu xberapa nak tahu sangat boleh minta bantuan daripada badan2 terlibat... 

So terpaksa lah tolak walaupun kawan2 yang dapat tawaran sama berpeluang pergi....

Tawaran ke Matriks

So, sementara tunggu matriks aku pon kerja lah part time... Borink duduk rumah... Nak keluar pakai duit... Takkan nak minta parents semua walaupun aku mintakla skit2😂😂...

Ni gambar kerja Sushi King

Ni time kerja kat Nandos... Kalau korang nak tahu cara tebus ayam free Baca Sini

Duit tu aku buat bayar amik lesen motor and kereta... Parents aku support sikit... Alhamdullilah lepas ujian amik lesen dengan sekali percubaan...

Beberapa bulan lepas tu dapat tawaran sambung matriks kat Melaka... Time tu mood nak kerja lagi tinggi dari nak sambung belajar sebab dah seronok pegang duit sendiri... 

Tapi bila tengok kawan2 semua sambung, aku pon nak jugak sambung... Ramai yang pengaruh aku suruh masuk matriks.. 

Sebab setahun je lepas tu sambung degree... Dulu setahun je tak macam sekarang ad yang dua tahun x silap aku...

Parents Tidak Cerewet

Parents tak kisah aku nak amik matriks or tunggu result UPU... Tapi diorang pon berharap aku boleh sambung... Siapa tak suka anak masuk U? Kihkih

So, aku pon isi la borang semua and bayar yuran nak masuk matriks... Sampai je first day nak masuk, aku tengok je environment, aku cakap terus kat parents, tak boleh nak bawak la sebab penat mentelaah SPM pon tak abis lagi... So parents aku pon ok je... Nasib baik yuran boleh amik balik xD 

Tawaran UPU

Aku pon pasrah lah tunggu result UPU... Aku berharap sangat dapat sambung Farmasi sebab dari Form 4 kitorang dah didedahkan dengan info kerjaya yang sesuai dengan bidang.... 

Kebetulan aku memang minat kimia walaupon biology aku kelaut yang tak dalam sangat... xD 😂😂 Aku suka dengan formula bagai and tengok colorful result bila bahan kimia di mix kan... 

So masa isi upu dari first sampai choice ke 4 or 5 memang aku isi dip in pharmacy cuma lain2 U... Ada orang ckp tu tips nak isi UPU...hahaha so nanti diorang cek budak ni betol2 nak ni...

So dia pon bagilah...  Sambil tu doa2 lah dapat kan... Walaupun ada orang cakap peluang tipis.. Kalau sambung matriks dapat 4 flat boleh pilih bidang yang kau nak... Tu kalau 4 flat... 

Ahh pedulikan diorang... Aku tetap dengan pilihan aku... Keluar je result UPU aku punya lah berdebar nak cek... Alhamdulillah dapat sambung dip in pharmacy kat UiTM Penang (2009).... Yuran pon boleh tahan tak semahal U lain....



Tak Dapat Sambung Degree

Masuk je final year tiba2 CGPA nak sambung degree min 3.8... mula2 3.5... Makanya harapan menjadi harapan... Pergi lah mengadu kat akak2 assistant pharmacist tempat praktikal... 

Sebab chance nak sambung memang tipis... Rasa nak marah pon ade... Lepas kan jelah budak2 final year ni kan...hehe kesian kami... Tapi apa kan daya dah takde rezeki...

Tapi sebelum keluar result UPU dapat tawaran sambung ke ITB, bandung degree in pharmacy 2 tahun stgah sbb buat kredit transfer.. Kalau nak tahu agent ape semua boleh BACA SINI

Cumanya biasiswa/pinjaman tak tanggung utk kos bawah 3 tahun... hurmm ape tah... terpaksa tolak lagi 😥😥😥 



Tukar Kos Pengajian

Minta pendapat akak kat tempat praktikal dia kata try minta Env Health & Safety.. Aku pon gigihlah tanya dia semua tapi first soalan aku ape tu? Kerja kat hutan ke? 😂😂😂 Sbb dgr environment..

Pastu akak tu pon explain semua... Then UPU aku tetap nak try nasib so first choice letak farmasi, second third semua letak EHS... pastu Medical Imaging lah ape lah... 

Last2 dpt tawaran sambung EHS... and aku sorang je budak post-dip farmasi yang amik kos tu....membe2 aku lain semua minta fisio, Occupational Therapy lah, Optometry lah yang kebanyakan kerja kat hospital...

Mood aku nak kerja kat hospital dah kelaut sebab aku suka travel sejak2 tukar kos.... Attached kat HKL setahun tu pon aku tak sabar nak habis....wikikipp...😂😂😂 

Camne lah nak keje gov camni? 😂😂😂 Kebetulan sem 2 aku smbung kos EHS tetiba CGPA nak sambung farmasi turun ke 3.5.. Hahahh 

Walaupun CGPA aku lepas, mood nak sambung farmasi dah jatuh kelaut dalam... Tapi ilmu tu aku xpernah sia2 kan pon... Aku rajin gak duk belek ubat2 yang parents aku amik nak refresh balik apa yang dah belajar walaupun xingat semua... ;'(

Environmental Health & Safety jadi Pilihan

Aku ingat kos EHS ni dah lari dari bidang health.... apa daa, kan kos Envi Health & Safety tu...Sekali kena pergi hospital semua buat investigation case, pergi buat law enforcement, cek lesen bagai, pergi Ops itu Ops ini... 

So, berguna gaklah ilmu time diploma dulu walaupun biology aku macam biasa ke laut xberapa nak dalam.. Pasal ubat, tindakbalas ubat, penyakit semua aku belajar balik...


Sekarang baru je tamatkan pengajian... So nak jugak share result aku dengan pembaca... hehe

Alhamdulillah... Berjaya tamat dengan jayanya! Hope boleh dapat pengecualian PTPTN sebab ada yang cakap first class honours Degree 3.75, tapi aku rasa UiTM kekalkan 3.5-4.0 untuk first class honours.. [UPDATED: Cara Dapatkan Pengecualian PTPTN]

TS (AD) dalam slip exam UiTM means Tamat dengan anugerah dekan. Kalau ANC means tamat dengan Anugerah Naib Chanselor...hehe

Ok sambung balik... Lepas habis je praktikal ingat nak kerja tempat sama terus... tapi tiada kekosongan.... Kenapa aku suka Pharmaniaga? Baca Sini... 

Walaupun still berharap, aku daftar program bisnes selama sebulan at least ada elaun and dpt improve skill aku dalam bisnes kan....

Tawaran Bekerja

Setelah melalui pelbagai onak dan duri2 mawar, aku hampir menamatkan pengajian dan bakal bergelar seorang wanita berkerjaya tak lama lagi.... Boleh la balas jasa mak pak yang dah lama sangat duk tengok aku mentelaah tak abis2😂😂 

Alhamdulillah Ramadhan ke 25 haritu dipanggil untuk temuduga dan pada hari yang sama dapat result... Untuk Tips temuduga korang boleh Baca Sini

Setel je buat hard cover thesis dan semua perkara di UiTM, aku boleh start kerja... So takde rezeki nak join program bisnes tu...

Yang penting matlamat aku sekarang ni,  apa yang dapat kita manfaatkan... ;) Tak kisahlah tukar kos, bidang kerja ke apa ke, be optimist! Hehe Hikmahnya boleh jadi Serba Boleh!!



Apa-apa pon, nak gtau kat adik2 ke sape2 lah... Kalau dah dapat tu bersyukur jelah... Mungkin usaha kita xsebanyak orang lain atau itu adalah yang terbaik buat kita...

Just follow the flow. Life must go on.... Jangan memilih sangat dalam hidup.. Tapi jodoh kena pilih... wikiikip 😂😂 Yang penting jangan lupa doa+usaha+istiqamah+tawakal=DUIT 😍😍😍

#kipidap
#dungivap💪💪💪 yeahh



8 comments

  1. salam.. wahh dah hbis belajarrr... tahniah!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hahhaha... rajin nak menaip cmni lah jadinya hihi

      Delete
  3. Akakk ceritalah degree ehs ni macam manaa. Saya teringin nak tahu hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak, saya dapat degree in ehs ni. saya alumni diploma sains. boleh saya tahu syllabus dia macam mana? adakah course ni tough? boleh tolong email
    saya (mumuhay@gmail.com)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saya pun student ENV UiTM Puncak Alam. Alahmdulillah dah sampai semester Akhir utk FYP dan LI. Boleh bagi tips tak untuk dapat result mcm slip kat atas ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah saya lepasan dip industrial hygiene dan keselamatan dari fakulti sains gunaan, agak kalau sambung degree EHS kat palam ni uitm potong jam kredit tak ye.. hehe harap dapat berkongsi ilmu.

      Delete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda