Pendakian di Bukit Tabur East!

Saturday, February 07, 2015

Assalamualaikum.. 

Nampaknya sudah tiba masa untuk aku beriadah setelah berpenat lelah di Nandos yang ada promosi sampai Mac tu macam kat SINI dan makan ayam for FREE kat SINI.

OK habis cerita nandos... Kihkih....Tengok sahajalah view dalam gambar di bawah ni... Cantik kan? Ini lah view dari salah satu puncak Bukit Tabur East..




Kalau nak tahu, East part ni lagi bahaya sebab pendakian curam terus menerus membuatkan aku gayat untuk toleh ke belakang... Tapi aku suka adventure! Photoshoot haruslah kan! I LOVE PHOTOSHOOT! Kitorang pergi dalam 4 orang semuanya sebab yang lain2 batal atas sebab tertentu =p





Seriously aku dah banyak kali pergi ekspedisi yang bagi aku mencabar jugakla kan macam Skytrex ni, tapi Bukit Tabur ni macam tak seperti apa yang aku expect... Agak mencabar dan menguji tahap kegayatan aku... *sesekali propa la skit kan





Tempat-tempat yang nature menjadi kesukaanku kerana memberi ketenangan dan menjimatkan kos perbelanjaankuh selain menguji kekuatan fizikal, mental dan staminakuh... *ayat kau xD


Part yang paling aku gayat bila nak panjat satu puncak yang memang tinggi menjunam ko kena panjat sampai atas... Aku panjat half je sebab aku dah gayat...huahua...

Lepas tu kena turun balik, ko kena abseiling (macam gambar atas ni)...Yang ni kena hati2...Salah pijak padah menanti... *saiko jap xD.. TAPI INI SERIUS OK

Terjah gambar jelah jom!











Oklah ni sedikit tips berdasarkan pengalaman jer... Hewhew


TIPS:

  • Tapi kalau nak naik ni pastikan pakai glove yang ada grip and kasut hiking yang betul...Kalau tak tangan kau calar balar pegang batu setajam cristal atau tergelincir dek kerana kasut yang tidak mampu untuk mengripro.. eyh mengrip tanah...

  • Bawak Air secukupnya.. Nak minum ke, nak buat basuh tangan ke... Bawak sudu la kalau korang nak jimat air kan hihi...

  • Pakai mask sebab berdebu... Aku alah dengan debu...Plus boleh batuk2 sebab agak kering time tu...huhu

  • Pastikan buat warm up dan melantak dulu sebelum mendaki...Macam aku makanan nak beli bawak naik atas aku dah TERmakan dulu dalam kereta.. Nasib baik membe dah belikan nasi lemak lauk ayam untuk makan kat atas... sedap nasi lemak dia.... Urmm Nyummy! *motif sangat

  • Jangan jadi macam aku, pakai kasut joging >.< gelongsor la kau atas tanah... best gakla tapi...kui3~





Thank You so much Droppucino a.k.a Wani sebab sudi bawak pergi naik Bukit Tabur and sudi jadi photographer of the day....hihi >.< Kalau nak tahu, sebenarnya apa yang mak aku fikir ialah joging kat bukit.. Dialog lebih kurang macam ni:

Aku: Ma, orang pergi.
Mak: Nak pergi mana tu? 
Aku: Nak pergi naik bukit.
Mak: Owh, joging la tu?
Aku: Tak ma, naik bukit.
Mak: Naik bukit tu joging la tu. Kat mane?
Aku: Bukit Tabur kat gombak. Naik bukit la, mana ada joging.
Mak: Yela naik bukit tu exercise la tu samela tu joging.
Aku: haah yela joging. T________T *rushing punya pasal, ye kan ajela..


Lepas balik:

Aku: Best ma naik bukit. 
Mak: Hurmm
Aku: Kena panjat macam gunung tu, kena pegang betul2, kalau jatuh kan boleh mati atau cedera. Best... Mencabar... Orang suka!
Mak: Macam tu? Bahaya la. Jangan nak carik penyakit lagi ea pergi situ!
Aku: Hurmm... T________T *nasib baik aku TAK cerita sebelum pergi



BTW, kalau nak tahu lebih perbezaan part East dan part West yang mana perjalanan dia panjang dan agak letih sedkit boleh terjah  SINI

Ps: untuk beginner aku xgalakkan pergi tempat macam ni... Kecuali memang ada orang pro nk jaga kau sepanjang masa... Hehe


THANX FOR READING THIS ENTRY! KBYE ESOK KERJA... zZZZ


6 comments

  1. Alhamdulillah selamat naik turun. Cuma tambah lagi tips: JGN LUPA BAWAK BACKPACK! Hahaha (bergurauuu.. :p)

    ReplyDelete
  2. ok. memang menguji kegayatan. kalau kita pergi tak tahu la smpai atas tak. haha

    ReplyDelete
  3. nak tanya..member kau sorang tu namenye hanis ea? mcm member aku..huhu

    ReplyDelete
  4. owh kat gombak rupanya....

    tapi kena mintak izin mak sebelum pergi hehehe

    apapun dah selamat kembali alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Salam Shikin

    Terima kasih kerana share link blog saya dalam blog awk tentang Bukit Tabur. https://hamydy.wordpress.com/2011/10/31/bukit-tabur-west-dan-bukit-tabur-east/


    bukit Tabur ada beberapa Nama
    1. Tabur West
    2. Tabur East
    3. Tabur Far East
    4. Tabur Extreme
    5. Tabur Far Far Way

    Setakat ini yang lagi 3 Tabur tu saya tak pernah cuba :)

    Blog awk sangat menarik penulisannya, all the best

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda