Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 5]

Sunday, July 22, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 4]



"Haaa, aku faham sangat perangai kau yang malu tak tentu pasal. So, aku bukak pintu seat belakang untuk kau ye, kehkeh" sesedap hati je Rafique berkata seperti itu.


"Tak baik tau kau cakap macam tu. Kalau kau tak bukak kan pintu seat belakang pon aku memang akan bukak sendiri pintu ni sebab aku tak mahu duduk seperti gaya ala-ala suami isteri. Plus, duduk belakang ni nampak sikit kau tu macam driver aku. muehehehe" balas aku dengan slumber walaupun berasa kecil hati dengan kata-kata Rafique. Kalau boleh dielakkan, memang aku takkan duduk di sebelah lelaki bukan mahram kecuali jika terpaksa kerana aku sendiri tidak berasa selesa lagi-lagi jika hanya berdua-duaan. Rafique memahami sangat perangai aku.



"Ishh, aku main-main jela Cik Aira manis. Jangan la nak merajuk sangattt....aku faham makud kau tu. Aku bergurau sahaja tadi. Amboiiii...kemain kata aku macam driver kau ye. Tak mengapalah. Untuk Cik Aira Cinderella aku sanggup jadi penunggumu mahupun driver mu..opss, hehe" balas Rafique lagi yang gemar memanggil aku dengan gelaran Cinderella atas sebab apa? Bila ditanya, katanya hanya suka-suka sahaja. Sampai waktu ini dia tidak pernah memberitahu sebabnya.. Mungkin aku sahaja yang kuat perasan barangkali...hihi.




"Rafique, kau kerja dekat Syarikat Safura tu juga ke?" soal aku ketika dalam perjalanan ke syarikat yang terkenal dengan pengedar barang binaan itu.


"Ha'ah Aira. Tapi biasalah kerja aku tak duduk situ je. Aku banyak outstation ke sana ke mari menemani Syamsul berjumpa dengan client. Tapi dulu dia ditemani setiausahanya, hehe"  jelasnya lagi.


"Tapi aku rasa lepas ni kau pulak kot yang kena teman Syamsul sebab kau kan bakal jadi setiausaha dia, hehe. Setiausaha dia yang dulu dah pon berhenti kerja" kata Rafique lagi.


"Kenapa setiausaha dia yang dulu tu berhenti?" soalku.


 "Sebabb apa....nak tau? Dia dah kawen dengan pemaju syarikat mana tah aku pon tak pasti. Jadi dia tolong suami dia pula la kendalikan syarikat bersama-sama, hehe sweet kan." sempat pula Rafique bergurau.

"Lagipun Syamsul baru lagi menjadi CEO syarikat ni. So, dia pon rela sahaja melepaskan setiausaha yang dulu tu." jelas Rafique lagi.


"Owhh, macam tu rupanya. By the way, urmm kenapa dia dengan kak Syuhada macam serba serbi tahu mengenai aku ye?" soal aku kepada Rafique manalah tahu Rafique ada menyimpan rahsia kedua-dua adik-beradik itu.


"Errr, nanti kau tahulah! Hehehe...Ok dah sampai dah..." kata-kata Rafique memberhentikan perbualan kami.



Sampai sahaja di office aku diperkenalkan kepada semua staff di syarikat itu oleh Syamsul diikuti kak Syuhada dan Rafique. Setelah selesai, semua sambung kerja masing-masing manakala aku pula dibawa oleh  Syamsul ke bilik setiausaha.


"Ok, ni bilik awak ye Aira, bilik saya kat sebelah je, senang saya nak pantau awak nanti..hehe" jelas Syamsul.

wahh! cantik dan besar bilik ni...bisikku tanpa meneliti kata-kata Syamsul sebentar tadi dik kerana terpegun melihat bilik baru ku.

Gambar hiasan

"Awak tengok-tengoklah dulu ye, nanti kak Syuhada kasi briefing dekat awak"  jelas Syamsul lagi. Aku hanya menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih. Syamsul membalasnya dengan senyuman yang dapat menawan sesiapa sahaja kaum Hawa yang melihatnya.


"Haaa, Aira, macam mana tempat ni? Ok?" soal kak Syuhada selepas mengetuk pintu  beberapa minit kemudian sambil aku memantau tempat kerja baru ku.


"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kak, harap-harap dapat memberikan yang terbaik untuk syarikat yang serba mantap ini, terima kasih sangat-sangat kak" balasku sambil melemparkan senyuman kepada kak Syuhada.


"Hehehe, alhamdulillah, baguslah Aira suka. Aira nak tahu tak kenapa kitorang pilih Aira? Dan yang patut Aira berterima kasih bukanlah kepada akak mahupun Syamsul. Tapi kepada Rafique dan ayah Aira" kata-kata kak Syuhada benar-benar membuatkan aku bingung kali ini.


END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 5]

NEXT PART [PART 6]





3 comments

  1. wah.. penulis ea?
    kreatif juga bila tengok cara penulisan awk nih..
    kreatif.. good job!
    tulis la banyak2 cerita k..
    ada masa nnty saya bace :)

    ~selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  2. kenapa kn terimas dekat rafik n ayah aira plak? part 6 cepat!! :tlg

    ReplyDelete
  3. PART 6...CEPAT...XSABAR NAK BACE LAGIK..HAHAHA...CONGRATES ERK...

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda