Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 3]

Friday, July 20, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 2]...



"Kak Syuhada, kita nak pergi mana ni ye?" soalku kebingungan. "Kita nak pergi beli baju Aira la,

kan esok dah start kerja kan..hehe" jelas Kak Syuhada.

"Errr, kak Syuhada kerja dekat syarikat tu juga ye?" soalku kebingungan dengan segala perkara yang kak Syuhada serba tahu.

"Ha'ah Aira, akak kerja dekat situ jugak, tapi jadi kuli jela, hehe" sambil tersenyum lebar kepada aku.




 Setengah jam kemudian, kami pon sampai di sebuah kedai butik yang besar dan mewah. Dalam fikiran aku pada waktu itu, kenapalah kak Syuhada membawa aku ke tempat yang aku memang tak akan mampu untuk ber shopping . Melainkan aku berlapar berbulan-bulan barulah aku mampu untuk ber shopping di tempat semewah itu.


"OK! Choose your favorite attire  dear!" Slumber sahaja kak Syuhada mempelawa aku.

"Err, kak Syuuu...urmm urmm....kita pergi beli kat Jalan Tar or Masjid Jamek je boleh?" sayu sahaja aku berkata-kata. 


Melihat pada cara aku, kak Syuhada seperti sudah dapat membacanya, "hehe, takpelah adik Aira sayang, ambil sahaja baju apa Aira nak, nanti Syamsul yang bayar...hehe" sambil mendakap bahu ku.


"errr, kenapa Syamsul??" aku terpinga-pinga dengan telatah kak Syuhada yang sejak aku bertemu lagi seringkali membuat aku kebingungan.


"Aira, rezeki tak baik ditolak kan sayang? takpe esok akak jelaskan waktu di pejabat ye sayang" sambil mengusap-ngusap bahuku. Aku hanya mampu mengangguk kerana tidak mahu kak Syuhada meluat dengan persoalanku yang bertubi-tubi.


Setelah selesai semuanya, aku dan kak Syuhada pulang ke rumah selepas kami makan lunch di restoran Chocolate The Curve dan semuanya ditanggung bersih oleh kak Syuhada. Haishh bertambah segan aku dibuatnya.

Gambar hiasan



Esok paginya, riuh rumah aku dik kerana Diana iaitu housemate aku kononnya sibuk mendandan kan aku. Maklumlah aku ni jenis yang suka simple-simple je asalkan nampak nice. Oleh kerana mahu menjaga hati Diana, aku turutkan sahaja katanya lagipon boleh tahan juga tips dan gaya berfesyen Diana ni.

"Ok siap! hehe, cantik kawan aku ni" kata Diana sambil menarik-narik pipi aku.

"Thank you very the much my Princess Diana, muah muah!!" sambil memeluk erat Diana, sahabatku sejak daripada universiti lagi.


Pon.....ponnnn! tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di luar rumahku. Kali ini bukan kereta Syamsul tetapi aku pon tidak pasti siapa kah gerangan pemandu itu.


END OF "Korban Cintaku Demi Sahabatku" [Part 3]


NEXT PART [PART 4]

1 comments

  1. nampaknya reyn akan mjadi pembaca setia lepas ni.haha

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda