Korban Cintaku Demi Sahabat [End Part]

Saturday, July 28, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 10]




Aku menghulurkan tangan ingin bersalaman, tapi ditepis kasar oleh Diana.

" Huh, ye cik Aira Cinderella sayaaangg! Dah lama aku tunggu kau datang" Diana bersuara. 

"Diana, kenapa ni?" aku bingung dengan kata-kata Diana dan rasa terancam pun ada.

" Tak payah nak tunjuk baik dengan aku! Haaa macam mana kau rasa sekarang bila kehilangan orang yang dicintai hah, Aira?!" tegas Diana berbicara.


Tiba-tiba perasaanku tidak enak. Untuk tidak melengahkan masa lagi, aku pun terus menuju ke pintu untuk memberitahu kak Syuhada dan Rafique. Akan tetapi aku ditolak oleh Diana hingga terjatuh.


"Kau nak pergi mana hah?! Kat luar dah tiada siapa-siapa lagi la Airaaaaa. Aku...dah suruh diorang pulang....... sebab........ kat sini kan kau ada untuk jaga jantung hati kesayangan kau yang dah tenat nih! Hahahahaha!" berdekah-dekah gelakan Diana sambil menujah-nujah bahuku.


Oleh sebab perasaan marah ku sudah memuncak dengan tindakan Diana, aku pun lantas bangun.

"Kau buat apa hah pada Syamsul?! Puas hati kau sekarang, hah Diana!" tegas aku namun suaraku dan Diana seperti masih lagi tidak kedengaran hingga ke luar.


"Huhh, dia sakit sebab kau, Aira! Dia tolak cinta aku! Kalau aku pun tak dapat, kau pun jangan harap Aira!" jelas Diana sambil menolak bahu kanan ku.


Aku menggelengkan kepala dengan riak muka yang tidak puas hati. Lantas selepas itu aku pun berlari semula ke arah pintu bilik namun dihalang oleh Diana. Aku pun menolak Diana dengan dengan sekuat hatiku dan menjerit meminta tolong. Tetapi......


*Zuppppppppp......


 Diana telah berjaya mencapai pisau buah yang berada berdekatan dengan katil Syamsul dan menikam tepat di belakangku.

"Ya Allah!...Diii...Dii...Diaana" Aira akhirnya rebah.

Setelah menikam Aira, Diana tidak sedikit pun rasa bersalah malah dia ketawa dengan  sepuas-puasnya seperti orang sudah berjaya membalas dendam. Pada waktu itu juga tiba-tiba sahaja Diana seperti orang hilang arah tujuan.

"Bukan aku...eyh, bukan aku yang buat!" kata-kata ini sering diulang oleh Diana selepas dia menikam Aira. Kemudiannya dia ketawa berselang seli dengan kata-katanya itu.



Dalam masa yang sama juga, tanpa disedari Syamsul telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


*Tukk tuk tuk, beberapa kali juga pintu bilik itu diketuk namun tiada sesiapa pun yang membukanya. Rafique pun segera meminta tolong nurse berhampiran untuk membuka pintu tersebut. Rafique bertindak untuk patah balik semula ke hospital setelah dia merasakan ada sesuatu yang tidak enak bakal berlaku. Kak Syuhada dan ibunya turut sama mengikut si Rafique.

Apabila pintu berjaya dibuka...

"Ya Allah, Aira!! Kenapa ni?" Rafique menuju ke arah Aira dan meriba kepala Aira.

"Diana?? Nurse, tolong panggilkan guard cepat!" pinta kak Syuhada setelah melihat Diana memegang pisau dan bersandar di sudut bilik serta berkelakuan seperti orang sakit mental.

"Syam...Syamsul...uhh" Aira bersuara sambil menahan kesakitan.

Kak Syuhada segera melulu ke arah Syamsul, "Syam...Doktor!" Sejurus selepas itu doktor pun datang merawat Syamsul akan tetapi...

"Maafkan saya Puan Syuhada, Syamsul telah pun meninggal dunia." jelas doktor itu.

 Kak Syuhada berasa terlalu sedih begitu juga dengan ibunya.

Aira pula pada waktu yang sama sedang dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan yang ditemani oleh Rafique.


"Hahaha, bukan aku! Bukan aku! Aku tak sihir dia! Bukan aku!! Hahaha! Aku bagi ubat yang betul!" ulang Diana lagi sambil dibawa pergi oleh guard. Kali ini segala perbuatannya telah terbongkar. 


Kak Syuhada yang terdengar kata-kata Diana itu, lantas menuju ke arah Diana dan menampar mukanya. Setelah beberapa kali, akhirnya kak Syuhada dihalang oleh ibu dan staff nurse yang berhampiran.

"Apa kau buat dengan adik aku hahh??!" kak Syuhada berteriak dan menangis sehingga terjatuh ke lantai. "Ibuuu..." sambil memeluk erat kaki ibunya.



 Akhirnya, selesai juga pengembumian Syamsul. Kak Syuhada dan Rafique kemudian itu menuju ke hospital semula untuk melihat keadaan Aira di unit ICU. Setelah sampai, kelihatan ahli keluarga Aira dan sahabat handai sedang bersedih melihat keadaan Aira.


"Rafique.." belum sempat Rafique menjenguk Aira, kedengaran suara ibu Aira memanggil Rafique. Manakala kak Syuhada pula sudah pun melangkah ke bilik rawatan yang menempatkan Aira di dalamnya.


"Nakk, bacalah surat buatmu ini daripada Aira. Makcik jumpa dalam buku diari nya, nak" jelas ibu Aira kepada Rafique.


Rafique mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Lantas itu dia membawa surat itu masuk ke bilik rawatan untuk melihat keadaan Aira. Ternyata sekali, Aira sudah tenat pada waktu itu.

"Doktor! Doktor, Rafique cepat pagilkan doktor!" seru kak Syuhada kepada Rafique.


Ahli keluarga Aira yang melihat keadaan yang cemas itu segera masuk ke bilik rawatan untuk melihat keadaan Aira. Beberapa ketika selepas itu, mereka semua dipinta untuk keluar bagi memudahkan doktor menjalankan tugasnya.


15 minit kemudian doktor itu keluar dan " Maafkan saya cik, Aira tidak dapat diselamatkan" ujar doktor itu dengan nada yang kesal.

Ke semua yang mendengar khabar berita itu berasa sedih dan suasana kelihatan hiba pada ketika itu. Aira.......... telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

"Airaaaa....." Rafique yang berasa amat sedih lalu terduduk di lantai, tetapi pada waktu yang sama, dia ditenangkan oleh kak Syuhada.

 

Hampir seminggu Rafique berkabung atas pemergian sahabatnya, Syamsul dan kekasih hatinya, Aira. Setelah perasaannya menjadi tenang, Rafique membuat keputusan untuk membaca surat yang ditulis oleh Aira kepadanya.




"Aku terimaaa, Aira..." Rafique menangis teresak-esak sambil mengucup surat pemberian Aira.






Rafique kemudiannya membawa diri ke luar negara untuk memlebarkan sayap syarikat keluarga Syamsul beberapa bulan selepas itu. Dia dibantu sama oleh kak Syuhada berserta staff-staff yang lain di syarikat tersebut. Diana pula telah ditempatkan di Hospital Tanjung Rambutan kerana disahkan menghidap penyakit mental.

TAMAT


p/s: Harap korang enjoy membaca cerpen ini. Sorry sebab plot nya agak berserabut dan kompleks. Thanx sebab sudi baca cerpen pendek tak seberapa daripada aku! (^^,)v 100% by me... kalau nak edit or copy sebiji cerpen tak seberapa ini, tolong kreditkan ke sini semula yer...hehe, =)


7 comments

  1. waaa! ending sedih T.T
    good job!

    ReplyDelete
  2. Alahai. Sedihnya. T_T
    Haha. Anyway, thank you sbb rajin comment kat blog sya! Followed here. =)

    ReplyDelete
  3. best la ! ada gaya novelis lak. padahal cerpen je pun. nih, bila lak nak tulis novel? Hehe. nnti kot2 leh jadi novelis lak ke, mana tahu kan :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..mmg best walaupun ending sedih...:)..
    sememangnya lumrah manusia, sanggup berkorban untuk sahabat khususnya...btw good job:)

    ReplyDelete
  5. pandai ye buat cerpen.. nanti pasni mana tau blh jadi penulis buku cam kak rafina..

    ReplyDelete
  6. tragiknya cerita ni bie eyl ='( wuuu

    ReplyDelete
  7. rajinnye tulis cerpen..hee :)

    missha tak sempat lagi nk bce semua... .ending dia, menusuk kalbu..hehe

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda