Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 10]

Friday, July 27, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 9]




 "Sebab selama saya bekerja di sini, saya berasa stress yang amat sangat!" suara ku terketar-ketar dik kerana aku tidak berlaku jujur.

Syamsul terbangun dari tempat duduknya dan berkata, " Tapi selama ini saya tengok prestasi kerja awak memuaskan dan jarang saya lihat awak stress Aira" 


"Awak tak tahu, tapi saya yang mengalaminya Encik Syamsul. Tolonglah lepaskan saya Encik Syamsul. Saya janji saya akan tanggung kerugian yang disebabkan oleh saya. Encik Syamsul juga boleh potong gaji dan elaun saya" 


rayuku kepada Syamsul. Kali ni entah mengapa mata ku bergenang dengan air mata sehingga tidak dapat aku menahannya lagi. Penipuanku benar-benar membuatkan hatiku berasa sakit. Melihat kepada raut wajah Syamsul yang agak kecewa  menambahkan lagi rasa sakit di hati ini. Akan tetapi,


Syamsul tiba-tiba sahaja menuju ke arahku dan  melutut di tepi kerusi ku,

"Aira, sudah lama saya ingin melafazakannya tapi saya tidak ada kemampuan untuk menerima keputusan negatif yang bakal keluar daripada mulut awak. Saya berharap sangat awak sudi jadi ratu hati saya, Aira." 

sambil menghulurkan bekas cincin yang berisi cincin emas putih yang bertatahkan berlian.


"Saaa...saya..." kata-kataku terhenti seketika kerana tidak mahu melafazakannya. Tapi aku kuatkan juga, "Saya cintakan orang lain. Maafkan saya, Syamsul" aku terus menuju ke pintu keluar kerana tidak sanggup melihat wajah Syamsul lagi.


Gambar Hiasan



 

Rafique dan Kak Syuhada terkejut dengan keputusanku. Namun, mereka terpaksa mengalah kerana aku tekad juga mahu pulang ke kampung halamanku.Rafique yang pada mulanya ingin menemaniku di kampung tapi tidak kesampaian kerana aku sama sekali tidak mengizinkannya.


Kini hampir 4 BULAN aku mendiamkan diri di kampung. Tiada sesiapa lagi yang dapat mengganggu ketenteramanku. Aku bersyukur sangat-sangat. Cuma, aku kerap juga menerima message daripada kak Syuhada dan Rafique yang bertanyakan khabar dan mereka juga berharap aku kembali ke pangkuan syarikat. Aku juga menerima message mengatakan Syamsul kini tidak seperti dahulu dan sering sakit-sakit.



Aira, akak merayu sangat pulanglah ke sini dan melawat Syamsul. Walaupun Aira tidak membalas message akak sepenuhnya, tapi akak berharap sangat Aira membaca message ini. Syamsul kini sedang terlantar di hospital gara-gara penyakitnya yang bertambah kronik. Syamsul menghidap paru-paru berair.  ='(... Akak merayu sangat dik, tolonglah. Dia asyik memanggil-manggil nama Aira. Diana pula telah hilang tah ke mana setelah Syamsul menolak cintanya.



Syamsul sakit? Tapi kenapa? Adakah gara-gara aku meninggalkannya?, bisikku. Setelah membaca message kiriman  kak Syuhada, akhirnya aku membuat keputusan untuk melawat Syamsul. Keadaan Syamsul benar-benar membuatkan aku berasa serba salah.




Sampai sahaja aku di Kuala Lumpur, aku terus menelefon kak Syuhada untuk bertanyakan di mana Syamsul berada. Setelah sampai di Hospital Ampang, aku ternampak Rafique sedang menelefon seseorang. Tiba-tiba...


*nada dering handset ku berbunyi...dan terpampang nama Rafique di screen handset ku...

"Assalamualaikum..." aku bersuara di handset ku.
"Waalaikummussalam, Aira. Kau dah sampai sini ke?"  balas Rafique.

"Ye Rafique, aku dah sampai. Aku kat belakang kau", balasku. Aku pun terus mematikan talian handset ku setelah Rafique memandang ke arah ku.


Rafique lantas menuju ke arahku,

"Aira, mujurlah kau datang. Syamsul dah tenat sekarang ni. Marilah aku tunjukkan bilik dia" ujar Rafique dalam keadaan yang sayu.

Aku tergamam mendengar kata-kata Rafique. Aku mengikut sahaja arah tujuan Rafique.

Sampai sahaja di bilik Syamsul, aku melihat Kak Syuhada baru sahaja selesai membacakan Yaasin untuk Syamsul. Aku bersalaman dengan Kak Syuhada, ibunya dan saudara-mara yang datang.


"Aira, masuklah ke dalam. Temankan Syamsul ye. Dia dah tenat, Aira" ujar kak Syuhada kepadaku di pintu bilik Syamsul semasa mahu keluar dari bilik itu. Kak Syuhada juga mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir daripada matanya. Kali ni, semua yang datang melawat telah pulang manakala kak Syuhada, ibunya dan Rafique tunggu di luar bilik. Hanya aku dan Syamsul sahaja yang tinggal.


Mengalir air mataku melihat keadaan Syamsul. Adakah ini semua sebab aku? Perasaan serba salah terus menyeliputi diriku.


"Syamsul...maafkan saya" bisik ku halus sahaja kepada Syamsul. 


Tiba-tiba kedengaran pintu bilik dibuka. Dan sejurus selepas itu, pintu ditutup dan seperti dikunci oleh seorang nurse yang masuk ke bilik itu. Nurse itu kelihatan memakai mask yang menutupi separuh daripada mukanya. Dia menuju ke arah ku dan membuka mask nya.


"Di...Diana??" tergamam aku melihat Diana yang selama ini memberi rawatan kepada Syamsul. Padahal kak Syuhada memberitahu ku yang Diana telah lama menghilangkan diri.


END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 10]

NEXT PART [END PART]



1 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda