- Monday, January 25, 2016
- 2 Comments
Assalamualaikum...
Kadang-kadang tengok sahaja gelagat bayi comel ni di instagram sangatlah mencuit hati lagi-lagi bila stress datang tengok sahaja gambar dan video aksi kecil molek ni kadang-kadang tergelak sendiri >.< "Owhh comelnya!, pandainya dia!"
Jadi, kalau korang nak tahu instagram artis dan blogger siapa yang selalu di stalk oleh para peminat gara-gara anak mereka yang comel, jom terjah gambar bawah ni! Kalau anda tahu, cuba teka nama si kecil dan ibu bapa kepada ke semua si kecil yang cecomels ni~~
Semua baby dan anak kecil comel-comel kan? Hehe, tengok sajalah telatah dan ragam mereka. Saya sendiri pon kadang tak terdaya nak melayan telatah anak-anak kecil di rumah. hehe... Apa-apa pon semoga ibu bapa di luar sana diberi kekuatan memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dan semoga anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah =))
SUMBER GAMBAR: GOOGLE (kepada owner gambar, minta izin pinjam gambar nya ya) ;)
SEKIAN...
- Thursday, January 21, 2016
- 0 Comments
Assalamualaikum..
Rata-rata antara kita pasti ramai yang mengalami masalah jerawat dan parut di muka kan? Dah cuba pelbagai cara pon masih tak dapat selesaikan masalah kulit. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kulit kita berjerawat antaranya:
1. Cara Pemakanan- Makanan yang berminyak dan pedas boleh menyebabkan muka berminyak dan keradangan pada jerawat. Haa, saya pon gemar makanan macam tu. Tapi, kini tidak perlu risau lagi sebab nanti saya akan share kan kepada anda rahsianya ok ;)
2. Faktor Hormon- Golongan remaja lebih ramai mengalami masalah jerawat kerana kalenjar sebaceous nya yang bertindak menghasilkan lebih banyak sebum yang boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan terjadilah jerawat.
3. Jangkitan Bakteria- Terdapat jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Propionibacterium yang terdapat dalam sel kulit. Haaa, bakteria ni bergantung pada sebum-sebum sebagai sumber makanan mereka tau. Jadi elakkan daripada menyentuh jerawat anda kerana dikhuatiri akan berpindah ke bahagian yang lain.
4. Penggunaan alat solek- Menggunakan alat solek adalah tidak salah. Yang salahnya apabila tidak dicuci dengan bersih dan membiarkannya terlalu lama pada kulit wajah yang boleh menyebabkan liang roma tersumbat.
5. Stress- Perkara ini kerap terjadi kepada para pelajar bukan? Lagi-lagi apabila exam dah nak dekat =p.. Ini adalah kerana penghasilan hormon adrenalin dan androgen yang berlebihan yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.
6. Pakaian yang tidak bersih- Pakailah pakaian yang bersih dan kerap menukar pakaian sekiranya berpeluh lagi-lagi bagi kulit yang sensitif, ok ;) Pakaian yang tidak bersih kan boleh mengundang lebih banyak bakteria lagi kan? hehe.
So, itu lah serba sedikit perkongsian punca jerawat berdasarkan dari pembacaan dan pengalaman sendiri. So, nak share sdikit tips bagi MENCEGAH, MERAWAT,MEMULIHKAN DAN MEMUTIHKAN jerawat dan bekas parut jerawat!
Tadaaa! Haaa, inilah wajahku tanpa 'filter effect" sebelum mencuba Refinity Acne Hydrogel!! Sesaje la kan cuba sebab tengok lama sangat parut jerawat di muka ni. Lepas tu saya try juga sapu pada jerawat yang baru tumbuh.
Yang ni plak effect selepas dua hari mencuba! First time pakai tu rasa macam berangin sikit muka, mungkin sebab herba Salix Alba Extract. Saja buat experiment sebelah sapu Refinity Acne Hydrogel, sebelah lagi tak sapu.
Haha, yang sapu tu rasa lembut dan nampak tak beza dengan gambar atas tu? Liang roma muka saya mengecil sedikit.. Lepas tu tekan-tekan jerawat yang tumbuh tu rasa dia mengecut dari yang sebelumnya. Hurmm, pantas bertindak kan? hehe
Haha, yang sapu tu rasa lembut dan nampak tak beza dengan gambar atas tu? Liang roma muka saya mengecil sedikit.. Lepas tu tekan-tekan jerawat yang tumbuh tu rasa dia mengecut dari yang sebelumnya. Hurmm, pantas bertindak kan? hehe
Mula-mula saja je nak try kan sebab tengok lah testimoni dia kat bawah ni, hehe siapa yang tak mahu mencuba kan? Lagi satu sebab ianya diformulasikan oleh Ahli Farmasi Malaysia! Siapa tak bangga kan walaupun sekarang saya bertukar ke bidang sains kesihatan yang dulunya saya bidang farmasi. huhu... Jadi, tak perlulah anda nak risau sebab diiktiraf HALAL dan disahkan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM)!
MasyaAllah hebat bukan? Menggunakan herba sebagai bahan utama =)
Ramai jugak rupanya yang dah try Refinity Acne Hydrogel ni...huhu saya ketinggalan la ni ye? kekeke... So, sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini... Mungkin ada dikalangan kita yang masih tercari-cari produk yang sesuai menghilangkan jerawat ke kan, boleh la cuba ni okayh ;) Tak salah mencuba betol tak? Yang penting usaha tu ada, inshaAllah hasil nya berjaya =) Sebelum terlupa, nak share harganya:
NORMAL PRICE: RM 90 / 1 Botol (15mL)
HARGA TERKINI: RM70/ 1 Botol
: RM130/ 2 Botol
Mungkin ada yang nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Refinity Acne Hydrogel ni kan? So silalah layari website mereka di:
- Wednesday, January 20, 2016
- 2 Comments
Assalamualaikum..
Mencari blouse, jubah muslimah yang anggun, cantik dan menawan? Harga bermula daripada RM 45 termasuk postage tau! Nak dapatkan di mana? Jom terjah Farhanis Collection !!
Online butik : Farhanis Collection( fb page/Instagram /carousell )
Antara dress/Jubah/blouse yang dijual:
Leesa Long Blouse! Dah 11 kali restock!! Hot item tau!
Wahh rambang mata dibuatnya!! Jangan risau tau, sebab Farhanis Collection ni boleh memberikan servis yang terbaik buat anda!! Tengok ni antara testimoni ikhlas daripada customer mereka!! =)
Serba sedikit berkenaan Farhanis Collection:
- Menjual pelbagai pilihan pakaian muslimah sesuai syariat, harga berpatutan
- Kebanyakan koleksi adalah mesra menyusu dan wudhuq friendly
- Koleksi dari beberapa brand yang dikenali masa kini contoh NFH,Qamissqa,Oligasi Fashion dan YFS.
- Admin juga ingin memastikan semua pelanggan farhanis collection berpuas hati dan gembira dengan servis yang admin tawarkan
Berita gembira, farhanis juga ade membuat promosi sehingga hujung bulan january ini...Contact NO : 017-2923524
So apa tunggu lagi?? hehe jom terjah sekarang!!
Online butik : Farhanis Collection
( fb page/Instagram /carousell )
^________________^
- Wednesday, January 20, 2016
- 0 Comments
Assalamualaikum...
Selamat pagi! Mungkin ada yang merasa kecewa atau sedih tengok kawan-kawan sebaya ramai yang dah mendirikan rumah tangga. Ada pulak yang sudah beranak dua, tiga dan seterusnya.
Mungkin ada setengah pihak yang memahami dan ada pula yang bergurau tetapi boleh menyebabkan seseorang berkecil hati apabila ditanya berkaitan soal kahwin mahupun bila nak menimang cahaya mata.
Soal jodoh, ajal maut mahupun rezeki sudah ditentukan oleh Allah cumanya dengan siapa kita berkahwin, bagaimana cara kita meninggal dunia mahupun bentuk rezeki yang kita terima itu bergantung atas usaha masing2.
Jika kita berdoa, usaha, istiqamah dan bertawakal kepada Allah inshaAllah segala yang baik itu akan datang kepada kita namun ingatlah ujian Allah itu datang dalam macam-macam cara ;').
Jika kita berdoa, usaha, istiqamah dan bertawakal kepada Allah inshaAllah segala yang baik itu akan datang kepada kita namun ingatlah ujian Allah itu datang dalam macam-macam cara ;').
Mungkin kita diuji dengan kesusahan mahupun kesenangan? Hanya Allah sahaja yang tahu tapi kita sebagai khalifah mestilah sentiasa bergantung harap kepada Allah. :)
Soal jodoh pula, ramai yang tertanya-tanya siapa calon aku dan bila nak melangsungkan majlisnya? Aku hanya mampu menjawab, bila sampai jodoh, sampailah kad kahwinnya ye... Hehe
Dulu memang terasa hati dan jeles tengok masing-masing sudah berumah tangga tapi bila fikir balik cabaran mendirikan rumah tangga bukannya kecil dan majlis memakai pakaian cantik dan kelihatan bahagia itu hanyalah sehari tu je... Ujian yang datang selepas itu kita tak tahu.
Tengok sajalah banyak kes yang tidak diingini yang berlaku dalam rumah tangga. Makanya dari situ aku mula belajar dan positifkan diri mungkin Allah tahu aku belum bersedia untuk semua ini.
Dalam masa yang sama aku cuba belajar tanam sifat tolak ansur tidak kira dengan sesiapa sahaja untuk melatih diri supaya sabar dengan apa sahaja ujian yang mendatang. Ingat, perbaiki diri dan dalam masa yang sama usaha dapatkan jodoh yang terbaik, inshaAllah. Baru fair kan?
Dalam masa yang sama aku cuba belajar tanam sifat tolak ansur tidak kira dengan sesiapa sahaja untuk melatih diri supaya sabar dengan apa sahaja ujian yang mendatang. Ingat, perbaiki diri dan dalam masa yang sama usaha dapatkan jodoh yang terbaik, inshaAllah. Baru fair kan?
So, apa yang aku harapkan kita semua dipertemukan dengan jodoh dan mendapat zuriat yang baik2.. Jangan pernah berhenti berdoa ye kawan-kawan. ;)
Walaupun aku ni jenis mesra orangnya, tapi aku ni pemalu tau kalau bab-bab nak menyatakan hasrat di hati... Makanya hanya mampu berdoa je..hehe
Walaupun aku ni jenis mesra orangnya, tapi aku ni pemalu tau kalau bab-bab nak menyatakan hasrat di hati... Makanya hanya mampu berdoa je..hehe
Tapi kawan jelah macam biasa dengan semua orang kan sambil-sambil nak kenal hati budi masing-masing la katakan.. Hewhew.. Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada aku... Bukan apa, post ni peringatan buat diri ini juga.. :)
- Friday, January 15, 2016
- 3 Comments
Assalamualaikum..
Nampaknya semakin hangat isu berkenaan upload gambar selfie sambil menyusukan anak.
Astaghfirullah ibu-ibu bapa-bapa semua golongan, janganlah hipster sibuk dikejar, maruah diri tergadai... #peace
Berikut adalah petikan daripada astroawani berkenaan hukum haram memuatnaik gambar sambil breastfeeding (BF) bukan boyfriend ye...
Menurut PU Rahmat, walaupun gambar itu tidak mendedahkan aurat, hukumnya haram berdasarkan salah satu dalil di mana perempuan tidak boleh menarik perhatian lelaki (perumpamaan seperti dalil perempuan memakai wangi-wangian sehingga menarik tumpuan lelaki).
Mengupload gambar sedemikian boleh menyebabkan pelbagai spekulasi dan gambaran kepada pihak lelaki. Maka sebab itulah lebih baik dielakkan.
Tapi, ada pula segelintir ibu-ibu yang BF di luar sana yang salah anggap dengan statement yang panas di FB Page Amran Fans di mana AmranFans mengecam ibu-ibu yang selfie sambil menyusukan(BF) anak tapi ada pula salah faham di mana mereka ingat AmranFans mengecam ibu-ibu yang menyusukan anak.
Secara ringkasnya;
1. Selfie+menyusukan anak(BF)+upload gambar di sosial media
2. Menyusukan anak (BF)
Nombor 1 adalah yang dikecam ye, berbeza dengan nombor dua, menyusukan anak dan tidak mengupload gambar tersebut dan tidak perlulah konon2 tegakkan hak masing-masing dengan membuat flashmob bagai... Hurmm malu saya sebagai kaum hawa :'(
Diharap entry ini dapat memberi sedikit penjelasan dan tidak perlulah bertelingkah atas perkara remeh seperti ini. Lebih baik elak jika dah tahu.. Sekiranya anda ingin tahu apa dan bagaimana kaum lelaki berfikir, silakan google lumrah sifat lelaki dan apa di fikiran mereka berkenaan wanita. Kalau jumpa research article lagi bagus ;)
- Monday, January 11, 2016
- 2 Comments