PRESTASI KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP 2018
Wednesday, February 13, 2019
Assalamualaikum...
Tahniah buat semua yang sudah menunaikan kewajiban membayar zakat. Mesti ramai tertanya-tanya mengenai berapa kutipan zakat tahun 2018 bukan? So, hari ni nak share dengan korang jumlah zakat yang terkumpul tahun 2018.
Pengumuman telah berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Everly Putrajaya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof. Ditemani oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.
Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Buat makluman korang, PPZ-MAIWP adalah merupakan institusi zakat yang menguruskan KUTIPAN ZAKAT manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) MEMBUAT AGIHAN secara langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Kalau korang nak tahu, PPZ-MAIWP bukan sahaja menguruskan bahagian kutipan dan Baitulmal-MAIWP serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sendiri yang bagi agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Melalui apa yang dibentangkan oleh Dato' Seri Dr Mujahid, jumlah kutipan zakat di PPZ-MAIWP bagi Tahun 2018 adalah sebanyak RM 651,228,032.94 iaitu ada peningkatan sebanyak 6% berbanding kutipan Tahun Lepas (2017) iaitu RM 615,199,108.06. Jumlah pembayar Zakat pun naik jugak iaitu dari 169,372 orang pada Tahun 2017 dah bertambah menjadi 180,958 pada Tahun 2018.
Kenaikan sebanyak 7%. Ni plak adalah Kutipan Zakat mengikut jenis Zakat:
1. Zakat Pendapatan
2017 - RM 408,848,038.25
2018 - RM 445,442,587.94
Peningkatan sebanyak 9%
2. Zakat Perniagaan
2017 - RM 122,142,889.95
2018 - RM 118,140,629.41
Penurunan sebanyak 3%
3. Zakat Simpanan
2017 - RM 42,812,531.38
2018 - RM 45,951,227.27
Peningkatan sebanyak 7%
4. Zakat Harta
2017 - RM 37,738,539.11
2018 - RM 38,021,846.21
Peningkatan sebanyak 1%
5. Qadha Zakat
2017 - RM 1,071,490.83
2018 - RM 777,187.42
Penurunan sebanyak 27%
6. Lain-lain kutipan
2017 - RM 2,585,618.54
2018 - RM 2,894,554.70
Peningkatan sebanyak 12%
Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Buat makluman korang, PPZ-MAIWP adalah merupakan institusi zakat yang menguruskan KUTIPAN ZAKAT manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) MEMBUAT AGIHAN secara langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Kalau korang nak tahu, PPZ-MAIWP bukan sahaja menguruskan bahagian kutipan dan Baitulmal-MAIWP serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sendiri yang bagi agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Melalui apa yang dibentangkan oleh Dato' Seri Dr Mujahid, jumlah kutipan zakat di PPZ-MAIWP bagi Tahun 2018 adalah sebanyak RM 651,228,032.94 iaitu ada peningkatan sebanyak 6% berbanding kutipan Tahun Lepas (2017) iaitu RM 615,199,108.06. Jumlah pembayar Zakat pun naik jugak iaitu dari 169,372 orang pada Tahun 2017 dah bertambah menjadi 180,958 pada Tahun 2018.
Kenaikan sebanyak 7%. Ni plak adalah Kutipan Zakat mengikut jenis Zakat:
1. Zakat Pendapatan
2017 - RM 408,848,038.25
2018 - RM 445,442,587.94
Peningkatan sebanyak 9%
2. Zakat Perniagaan
2017 - RM 122,142,889.95
2018 - RM 118,140,629.41
Penurunan sebanyak 3%
3. Zakat Simpanan
2017 - RM 42,812,531.38
2018 - RM 45,951,227.27
Peningkatan sebanyak 7%
4. Zakat Harta
2017 - RM 37,738,539.11
2018 - RM 38,021,846.21
Peningkatan sebanyak 1%
5. Qadha Zakat
2017 - RM 1,071,490.83
2018 - RM 777,187.42
Penurunan sebanyak 27%
6. Lain-lain kutipan
2017 - RM 2,585,618.54
2018 - RM 2,894,554.70
Peningkatan sebanyak 12%
TARGET ZAKAT WILAYAH 2019
Pada tahun 2019,
target kutipan zakat PPZ-MAIWP adalah sebanyak RM710 juta dengan pembayar
seramai 190 ribu orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan.
Antara perancangan
PPZ-MAIWP bagi tahun 2019 adalah:
- Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.
- Kempen Penambahan Potongan Gaji.
- Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.
- Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.
- Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
- Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.
- Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.
- Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.
- Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.
- Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.
- Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.
- Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.
- Kempen Skim Thohir di sektor awam.
- Kolaborasi bersama pihak luar.
- Menambahbaik saluran bayaran zakat.
- Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).
- Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.
- Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.
- Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.
- Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.
CARA PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Ramai yang tak tahu dan kurang ambil tahu berkenaan pengagihan zakat di Wilayah. Tapi, netizen lebih suka menyebarkan info-info palsu tanpa usul periksa. Kalau tak tahu silalah bertanya ye.
Kalau korang nak tahu MAIWP adalah badan yang dilantik untuk menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan sahaja bukan satu Malaysia. Kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan yang mengagihkan zakat dilaksanakan oleh MAIWP sendiri.
Mungkin ada yang salah anggapan berkenaan agihan zakat oleh MAIWP ni. Kalau korang nak tahu, agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu masyarakat asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun setiap bulan.
Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin, mereka akan dibantu dari segi:
-bantuan kewangan bulanan
-bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
-bantuan pelajaran kepada anak-anak
-bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
-bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan
CARA MOHON ZAKAT
MAIWP juga memudahkan proses permohonan dan penyaluran zakat. Kalau nak tahu, sebelum ini, proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP.
Akan tetapi bermula tahun 2008, MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA bagi memudahkan urusan orang ramai dengan Baitulmal. Sehingga kini PAZA telah dibuka di 9 lokasi di Kuala Lumpur dan satu lagi di Labuan. Lokasi PAZA korang boleh tengok kat LINK ini ya.
Segala bentuk urusan permohonan boleh dibuat di ibu pejabat dan di PAZA dengan mengisi dua muka surat sahaja pada borang. Mudah bukan? Maklumat penting kenalah isi kan untuk MAIWP laksanakan amanah pembayar zakat. Permohonan pon tak perlukan pengesahan oleh sesiapa pun dan proses mengambil masa lebih kurang 5 hari dan lebih awal sekiranya untuk kes-kes kecemasan.
Lagi best Skuad Jejak Asnaf Baitulmal ASNAF telah ditubuhkan untuk turun padang dan menjejaki kalau ada yang tercicir dan layak mendapat bantuan zakat. Skuad ini secara rutin turun padang ke PPR dan kawasan atau lokasi yang dipercayai memerlukan.
Selain itu, korang yang nak membantu boleh terus ke hotline mereka di talian 012-518 3614 /012-5127614 atau di talian bebas tol, 1800-88-5222 atau melalui Facebook (korang just search MAIWP ye). MAIWP juga mengagihkan zakat secara tidak langsung.
Dana Zakat juga dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang seperti penambahbaikan masjid dan lain-lain. Dalam aktiviti pendidikan pula, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sampailah pengajian tinggi.
Berikut adalah senarai institusi pendidikan di bawah MAIWP:
1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.
2. SMA- MAIWP Labuan
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.
4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
7. Darul Ilmi di Sungai Penchala
8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak
9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah
Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula
1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim
2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.
3. Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf
MAIWP juga tidak ketinggalan di audit oleh Jabatan Audit Negara. Segalanya kena mendapat kelulusan dari JK Perundingan Hukum Syara' Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti bagi setiap sen zakat yang dibelanjakan.
Dan korang tau tak MAIWP dapat Sijil Audit Bersih lebih 10 kali berturut-turut sejak 2006 dan penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripada Jabatan Audit Negara selama 3 tahun berturut-turut 2011 sehingga lah tahun 2013. So, inshaAllah segala zakat yang korang keluarkan disalurkan ke jalan yang betul.
Kalau ada sebarang kemusykilan, korang boleh terus layari website MAIWP www.maiwp.gov.my atau di www.facebook.com/maiwp.hq atau terus ke laman instagram www.instagram.com/hqmaiwp atau youtube mereka www.youtube.com/MAIWPTV okayh!
Sekian sahaja perkongsian kali ni. Sekarang dah tahu kan? Apa lagi, sebarkan okayh ;)
1 comments
bagsu pihak maiwp..nampak dah apa yang diaorng buat kan
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda