Assalamualaikum Hawas' and Adams' semua!! Aku pasti semua antara kita ni pernah menangis.... Menangis bukan bererti kita seorang yang lemah...Tetapi mungkin antara kita ni, dia sudah bertahan terlalu lama dan ingin meluahkannya dengan limpahan air mata yang boleh melegakan mood seseorang...=)
Ok, melalui apa yang telah aku baca, kat sini aku nak share kan antara hikmah dan kebaikan menangis itu sendiri....Hampir semua yang bakal aku share kan kat sini benar belaka...huhu, kerana aku sendiri dapat merasakannya...=) hehe, jom scroll lagi...
1. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera
pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan
muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi
lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan
lega. Keluarkanlah masalah di fikiran korang dengan menangis. Pasti lepas
tu korang akan merasa sangat lega...PERCAYALAH~[Siti Nurhaliza...hewwheww]
instead of crying, seeing at green things like natural leaves can make our eyes feel better |
2. Meningkatkan mood
So, perasaan korang dah legakan?? hehe...secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan mood korang...Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan
menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.
Air mata yang
dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus
protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme
tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada
iritasi mata.
3. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga
mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai
endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level
stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan
oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
Ok, nampak nya ketiga-tiga point di atas lebih kurang sama...hehe, rilek dulu...huhu ada lagi ni...teruskan membaca ya!!
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian
tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil
menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah
anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia
membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata. Hehehe, sampai maca tu sekali ye...huhu...=D
5. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai
antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan
lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang
tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat
tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit....=)
6. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata
itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada
membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur...hehe, lagi2 siapa yang pakai lens kan, huhu...
Dari pengalaman aku sendiri, waktu aku try2 pakai lens dulu, aku tak perlukan cairan tambahan malah hanya gunakan air mata untuk hidrate[lembapkan] mata aku....=)
Last But not Least....la la la~
7. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu
seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis
setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang
boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan
berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.
habis dah!! Selamat Beramal Semua~~
Sumber pics: Google
Sumber Info: OhWira
- Wednesday, July 04, 2012
- 6 Comments