Hikmah menangis...

Wednesday, July 04, 2012

Assalamualaikum Hawas' and Adams' semua!! Aku pasti semua antara kita ni pernah menangis.... Menangis bukan bererti kita seorang yang lemah...Tetapi mungkin antara kita ni, dia sudah bertahan terlalu lama dan ingin meluahkannya dengan limpahan air mata yang boleh melegakan mood seseorang...=)




Ok, melalui apa yang telah aku baca, kat sini aku nak share kan antara hikmah dan kebaikan menangis itu sendiri....Hampir semua yang bakal aku share kan kat sini benar belaka...huhu, kerana aku sendiri dapat merasakannya...=) hehe, jom scroll lagi...


1. Melegakan perasaan



Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran korang dengan menangis. Pasti lepas tu korang akan merasa sangat lega...PERCAYALAH~[Siti Nurhaliza...hewwheww]




instead of crying, seeing at green things like natural leaves can make our eyes feel better


2. Meningkatkan mood


So, perasaan korang dah legakan?? hehe...secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan mood korang...Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. 
Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.



3. Mengurangkan stress

 
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
Ok, nampak nya ketiga-tiga point di atas lebih kurang sama...hehe, rilek dulu...huhu ada lagi ni...teruskan membaca ya!!

4. Mengeluarkan racun


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata. Hehehe, sampai maca tu sekali ye...huhu...=D




 
5. Membunuh bakteria


 
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit....=)

6. Membantu penglihatan



Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur...hehe, lagi2 siapa yang pakai lens kan, huhu...

Dari pengalaman aku sendiri, waktu aku try2 pakai lens dulu, aku tak perlukan cairan tambahan malah hanya gunakan air mata untuk hidrate[lembapkan]  mata aku....=) 


 Last But not Least....la la la~




7. Membangun komuniti



Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

 habis dah!! Selamat Beramal Semua~~
Sumber pics: Google
Sumber Info: OhWira



6 comments

  1. menagis mempunyai bnyk mksd..menagis dalam kedukaan@kegembiraan..
    :lari~~~nk pi nagis sat bace entry BL

    ReplyDelete
  2. Thanks for info...menarik...verry good entry...

    ReplyDelete
  3. entry yg bermanfaat..nora..

    tu belum lagi menngis kerana Allah....sama ada kerana terlalu mencintai atau kerana terlalu takutkn azab-Nya....hingga mengalir air mata...

    ayie pernah tgok seorg hamba Allah..setiap kali nk solat(berjemaah) dia akan menangis hingga berbunyi.

    ReplyDelete
  4. @Nurul Nadia hehe gembira sbb berasa bersyukur dan terharu sbb dah dpt ape yg nk =)

    ReplyDelete
  5. @Ayie Abas

    harap2 kita sentiasa la dlm golongn yang takutkan azab...hehe, dan klu gembira ponn nangis sebab rasa bersyukur sgt2...=)

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda