Bahaya seks ketika haid dan HARAM hukumnya...

Saturday, June 16, 2012

Assalamualaikum semua....urm urmm, OK tajuk ni agak matured tapi inilah ilmu orang kata, bila share dapat pahala sebab aku tahu, tidak semua pon tahu pasal ni....Dan untuk itu, buat apa aku nak malu kan?? ngehh!!....Orang kata ilmu tanpa amal itu rugi....Tapi, melakukan sesuatu tanpa ilmu adalah sia-sia sahaja....walaupon mungkin mendapat kemaafan sekiranya benda kita lakukan tu salah, sebab kita tak tahu....but still useless right?? =)

So, tanpa menaip kata alu-aluan yang panjang[eceyhh]...Aku nak kongsikan sedikit setelah ternampak artikel ini, dan membuat sedikit research mengenai hukum melakukan seks atau dikenali dengan berjimak ketika isteri datang haid...JOM! =D



ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya. Sudah jelas hukum pengharamannya dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:




“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Takutkanlah kamu dengan hukum Allah! Ada hikmah di sebaliknya..=)

Mitos mengenai darah haid

  • Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.
  • Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.
  • Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.


Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya...Percayalah ajaran Islam itu cantik untuk dihayati dan difahami...=)


Sebab Bahaya Melakukan Seks Ketika Isteri Datang Haid 

  • Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.
  • Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.
  • Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.
  • Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!
  • Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Kajian

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan; 

menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. 

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, 

wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.



Cara atasi masalah ini: 

Jauhilah isteri anda dan berpuasalah dan hindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang boleh meransang nafsu syahwat.

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi sesiapa mahu selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas,” (Surah Al-Mukminun: 57)

Bagi yang mengalami haid lebih daripada 15 hari bukan wiladah atau nifas, ianya dikira sebagai darah istihadah. Majoriti para ulama' membenarkan suami "bersama" isteri sila lihat rujukan SINI.


              Kursusperkahwinan
         
            
p/s: Ok, hopefully semua dah faham...hehe, bagi yang ingin berumah tangga dan telah mendirikan rumah tangga, harap info ini serba sedikit membantu...=) 



28 comments

  1. wahh bl..singgah sini baca entry ni.. :D
    nice

    miss u bl

    ReplyDelete
  2. hehe best la entry akak shiqin :D min suke

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Buat time period bole pregnant x?

      Delete
  4. Our married juz turn in 5 month. with this info, it give a gd learn. Thanks for the best tipic info.

    ReplyDelete
  5. Our married juz turn in 5 month. With this info, it give me the best learn n understanding. Thanks for the awesome info.

    ReplyDelete
  6. Takut la pulak.. slalu d phujung haid,(darah warna kuning), sy ok sja kalau suami mau besetubuh.. argh buang jauh2

    ReplyDelete
  7. Bahaya BL tak letak '18SG' kat tittle.. budak2 baca ni, habis. lagi2 part ending. kakaka

    ReplyDelete
  8. Bagaimana cara menebus dosa itu? Ada terbaca melakukan seks ketika haid adalah keji.. siapa2 thu?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, nice sharing dear. hehe

    ReplyDelete
  10. Adakah dosa jika saya mnolak keinginan suami krana haid saya blum kering btl...well..tq info nie ya kak...

    ReplyDelete
  11. Saya duduk brasingan dengan suami.. bjmpa hanya 2mggu 1x atau 3mggu 1x.. kdg2 suami balik saya priod.. kerana ingin puaskan suami kami tetap 'bersama' tp suami pki kondom.. berdosa ke pbuatan kami tu... tlg la sapa2 yg blh bg pncerahan... t,ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetap tak boleh..matlamat tidak menghalalkan cara..

      Delete
  12. Assalamualaikum terima kasih keatas info diatas..sya rsa lebih baik jgn melakukan seks smasa kita sdg period(dgn memasukkan zakar ke dlm faraj wanita) krn nabi sdah pon melarang.. tetapi sekiranya suami mahukan jga,cara yg terbaik bgi sya adalah dgn meletakkan apa2 minyak dicelah peha,dan suruh suami meletakkan kemaluannya di celah peha,lalu kita mengepit kn sedikit peha kita..cara itu adalah cara yg terbaik,krn suami tidak mengusik kemaluan kita sewaktu kita di dlm haid..tetapi bgi wanita tidak la dpat merasai kenikmatan tu..harap bykkan bersabar sehingga la kita sdah pon bersuci..

    ReplyDelete
  13. Lgi satu cara untuk mengelakkan berhubungan seks ketika di dlm haidh adalah dgn berpuasa..krn berpuasa boleh menggurangkan nafsu..

    ReplyDelete
  14. Selain oral, boleh juga puaskan hubby gunakan tangan.

    ReplyDelete
  15. Adakah jangkitan akan brlaku klau si isteri sudah basuh kemaluanya????

    ReplyDelete
  16. Adakah jangkitan akan brlaku klau si isteri sudah basuh kemaluanya????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika haid, pendarahan berlaku di bahagian dalam kemaluan wanita, walaupun sudah dibasuh, yakinkah anda bahawa pendarahan di dalam tidak akan tersentuh ketika melakukan hubungan seks? :) wallahualam...anda boleh cuba cari info keadaan dalaman waita ketika sedang period... Pasti anda,lebih memahami :)

      Delete
  17. Ketika bersetubuh haid datang..apa kah resiko yg saya alami..cuma sekali sahaja berlaku seperti ini?? Sya dan istri sya berasa bimbang takot mengalami resiko..

    ReplyDelete
  18. Salam, nak tanya sikit... sya dan isteri melakukan seks, tetapi isteri saya tak tahu yg haid dia belum lagi habis... ketika melakukan seks ada darah yg keluar.. haid isteri saya belum habis tanpa kami sedar.. apa kah kesan buruk yg akn berlaku? Kerana isteri saya sudah sebulan haid dia belum lagi berhenti.. isteri saya mengalami pendarah yg tidak berhenti.. boleh berikan jawapan? Ttapi ketila mlakukan seks sy memakai kondom? Saya dan isteri belum lagi berjumpa dgn doktor..

    ReplyDelete
  19. Salam, nak tanya sikit... sya dan isteri melakukan seks, tetapi isteri saya tak tahu yg haid dia belum lagi habis... ketika melakukan seks ada darah yg keluar.. haid isteri saya belum habis tanpa kami sedar.. apa kah kesan buruk yg akn berlaku? Kerana isteri saya sudah sebulan haid dia belum lagi berhenti.. isteri saya mengalami pendarah yg tidak berhenti.. boleh berikan jawapan? Ttapi ketila mlakukan seks sy memakai kondom? Saya dan isteri belum lagi berjumpa dgn doktor..

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda