Assalamualaikum...
Mungkin ramai yang tak tahu kita boleh juga berzakat melalui potongan gaji. Jadi, nanti tiadalah alasan terlupa atau tidak cukup masa bukan? Kalau korang nak tahu, baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen.
Kempen ini khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.

Kepada sesiapa yang belum buat, so korang boleh la join kempen ni nak tahu sebab apa? Bukan setakat berzakat je. Kalau bertuah korang boleh menang pakej umrah dan percutian ke Beijing, Bangkok, Medan, Pekan Baru dan Jakarta. Menarik bukan? Terima kasih kepada Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. atas tajaan! Para
pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan December akan
datang.
Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini
disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri
Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.
Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.

Seiring
pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun
padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai
skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi
dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP
mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang
tempoh kempen berlangsung.
Caranya mudah sahaja tau. Baca sampai habis ye.
SYARAT DAN CARA PENYERTAAN
KEMPEN:
Cara untuk mengira
potongan bayaran zakat pada setiap bulan;
- Portal PPZ-MAIWP, www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
- Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
- Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
- Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Syarat-syarat
penyertaan kempen:
- Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
- 11 kaunter PPZ-MAIWP
- Portal PPZ-MAIWP, www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
- Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
- Majikan di syarikat atau organisasi
- TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang
mempunyai pendapatan untuk menunaikan
zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak
2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat
di sisi Allah S.W.T.
”PPZ-MAIWP
Memudahkan Anda Berzakat”
- Friday, October 05, 2018
- 0 Comments