Assalamualaikum..
Nampaknya semakin hangat isu berkenaan upload gambar selfie sambil menyusukan anak.
Astaghfirullah ibu-ibu bapa-bapa semua golongan, janganlah hipster sibuk dikejar, maruah diri tergadai... #peace
Berikut adalah petikan daripada astroawani berkenaan hukum haram memuatnaik gambar sambil breastfeeding (BF) bukan boyfriend ye...
Menurut PU Rahmat, walaupun gambar itu tidak mendedahkan aurat, hukumnya haram berdasarkan salah satu dalil di mana perempuan tidak boleh menarik perhatian lelaki (perumpamaan seperti dalil perempuan memakai wangi-wangian sehingga menarik tumpuan lelaki).
Mengupload gambar sedemikian boleh menyebabkan pelbagai spekulasi dan gambaran kepada pihak lelaki. Maka sebab itulah lebih baik dielakkan.
Tapi, ada pula segelintir ibu-ibu yang BF di luar sana yang salah anggap dengan statement yang panas di FB Page Amran Fans di mana AmranFans mengecam ibu-ibu yang selfie sambil menyusukan(BF) anak tapi ada pula salah faham di mana mereka ingat AmranFans mengecam ibu-ibu yang menyusukan anak.
Secara ringkasnya;
1. Selfie+menyusukan anak(BF)+upload gambar di sosial media
2. Menyusukan anak (BF)
Nombor 1 adalah yang dikecam ye, berbeza dengan nombor dua, menyusukan anak dan tidak mengupload gambar tersebut dan tidak perlulah konon2 tegakkan hak masing-masing dengan membuat flashmob bagai... Hurmm malu saya sebagai kaum hawa :'(
Diharap entry ini dapat memberi sedikit penjelasan dan tidak perlulah bertelingkah atas perkara remeh seperti ini. Lebih baik elak jika dah tahu.. Sekiranya anda ingin tahu apa dan bagaimana kaum lelaki berfikir, silakan google lumrah sifat lelaki dan apa di fikiran mereka berkenaan wanita. Kalau jumpa research article lagi bagus ;)
- Monday, January 11, 2016
- 2 Comments