Assalamualaikum...
Pengecualian PTPTN | Kali ini
aku dengan bermurah hatinya nak kongsikan cara untuk dapatkan pengecualian
PTPTN. Tapi yang ni aku buat khas untuk pelajar UiTM sebab aku pon dari UiTM
Dihatiku kan...hehe...
Untuk
pelajar IPTS dan IPTA yang lain aku rasa lebih kurang je caranya cuma yang
membezakan untuk IPTS ada penambahan dokumen dan IPTA pula requirement untuk
dapatkan pengecualian tu lain daripada UiTM.
Untuk
pelajar tajaan JPA main jauh2... muahahah... Kalau aku sambung farmasi dulu dapatlah tajaan JPA tapi aku berpaling tadah... Ini sebabnya kenapa aku tak sambung Degree in Pharmacy... Siapa yang dapat JPA mohon baca
yang ni >>> Adakah gara-gara JPA?
CARA NAK
APPLY PENGECUALIAN BAYARAN PTPTN
- Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan
yang lengkap kepada PTPTN bagi menikmati insentif ini dalam tempoh 12 bulan (1
tahun) daripada tarikh konvokesyen. Dokumen yang perlu disertakan ialah:
- Borang Akuan Pelajar bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman yang telah lengkap diisi. KLIK SINI
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang disahkan. (Aku dah confirmkan dengan HEA dan Bahagian Konvokesyen UiTM. Selagi tak graduate/ konvo, kita tak dapat Salinan asal yang ada menyatakan KELAS PERTAMA WALAUPUN KITA DAH BELI FINAL TRANSKRIP).
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).
Nota:
· Salinan dokumen
sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian
yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT
peminjam.
· Cop pengesahan
hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan
Makanya, siapa yang belum konvo lagi macam aku ni, habis belajar bulan Julai tahun ni, konvo tahun depan inshaAllah bulan April 2017, tunggu jelah ye... Tak perlu risau pon.. Aku risau sebab aku takut kena blacklist sebab dah bekerja kan...
Menurut orang PTPTN tu kita boleh start bayar enam bulan selepas tamat belajar bukan lepas tamat konvo dan lepas daripada tu akan ada tunggakan sampailah kena blacklist. Dan siapa yang dapat first class boleh apply dalam masa 12 bulan selepas konvo ye.
Cuma kitorng konvo lambat kan, so memang dah dapat surat amaran pertama dari PTPTN sebab tamat bulan 7 2016, 6 bulan lepas tu dalam Februari aku sepatutnya kena start bayar tapi aku tak bayar langsung sebab konfiden je dapat pengecualian.
Then, aku confirmkan balik dengan orang PTPTN, dalam masa 3 bulan dia nak proses surat pengecualian, dia suruh kita bayar je dulu. Then dia akan refund balik lepas dapat surat pengecualian. So aku pon bayar jelah guna akaun 2 KWSP. hehe... Baru je bayar alih2 lepas berapa minggu je PTPTN dah luluskan pengecualian aku. Alhamdulillah. So, sekarang tunggu jela PTPTN refund balik duit aku...hehe
Cuma kitorng konvo lambat kan, so memang dah dapat surat amaran pertama dari PTPTN sebab tamat bulan 7 2016, 6 bulan lepas tu dalam Februari aku sepatutnya kena start bayar tapi aku tak bayar langsung sebab konfiden je dapat pengecualian.
Then, aku confirmkan balik dengan orang PTPTN, dalam masa 3 bulan dia nak proses surat pengecualian, dia suruh kita bayar je dulu. Then dia akan refund balik lepas dapat surat pengecualian. So aku pon bayar jelah guna akaun 2 KWSP. hehe... Baru je bayar alih2 lepas berapa minggu je PTPTN dah luluskan pengecualian aku. Alhamdulillah. So, sekarang tunggu jela PTPTN refund balik duit aku...hehe
Kalau nak tahu first class ke tak, boleh call HEA UiTM dan bagi nombor pelajar. hehe Sebab selagi belum konvo tak tahu dapat first class ke tak kan hehe... Buat masa ni, CGPA 3.5 dan ke atas adalah First Class bagi UiTM...
So, all the best and tahniah bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama!! Diploma tak boleh apply ye walaupun dapat Kelas Pertama...ehehe
CONTOH SURAT DARI PTPTN ANDA BERJAYA DAPAT PENGECUALIAN
Surat pengecualian aku diluluskan pada 26 April 2017 baru je sampai 2 Mei 2017 lepas
permohonan dibuat pada 19 April 2017. So, untuk KWSP hujung bulan Dec 2017 haritu
dah dapat balik since Aug 2017 haritu. Alhamdulillah...
Sekian saja perkongsian daripada aku... silakan share...Jangan kedekut =p
- Tuesday, November 29, 2016
- 35 Comments