Jom Terjah Program Family Day di Damai Rasidin Villa Selangor!

Thursday, September 05, 2019

Assalamualaikum...

Mungkin ada yang kekurangan idea nak jalankan program Family Day especially untuk yang first timer atau untuk yang family besar kan? 
So harini aku just nak share program Family Day from A-Z untuk lebih kurang dalam 30 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak. 

Jangan risau sebab aku akan share kan skali Do's and Don'ts based on program yang telah dijalankan. So siapa rajin baca dia yang untung..kikiki... 

Biasalah tiada yang perfect hehe.. Tapi dari situ kita belajar untuk perbaiki program di masa hadapan.

Program ni untuk 2 Hari 1 Malam. 

The Do's

Ok first thing korang kena buat checklist ikut priority. Macam kitorang haritu first thing yang kena cek ialah tarikh and location yang sesuai. 

Part ni agak mencabar sikit sebab tak semua ada free time yang sama and masing-masing duduk jauh. Yela lagi jauh, lagi banyak kos diperlukan. So, benda ni kena consider jugak.
Urusetia macam biasa kena datang sehari awal sebab nak cek balik location secara detail, cek dewan, nak susun hadiah kat mana, tempat lepak2, swimming pool bersih ke tak, bilik semua kena cek. Tapi haritu kami terlepas pandang few bilik. Ada bilik yang kotor sikit. 
Ruang makan yang luas dan agak selesa di Damai Rasidin Villa.


Tapi apa-apa pon perancangan kewangan kena utamakan. Kekangan pada kali ini adalah last minit plan and nak dekat masuk sekolah. So, mungkin ada family yang lari bajet sikit sebab nak join family day ni. Jadi, korang yang nak plan better buat collection sikit2 tiap bulan untuk buat family day ni. hehe.. Yela, kena faham tak semua orang ada kemampuan yang sama dalam hal kewangan. =)

Next, kena prepare aturcara program dan list games untuk individu, group, dewasa dan kanak-kanak. Untuk yang ni, aku dah buat entry khas untuk korang rujuk. IDEA SUKANEKA FAMILY DAY/HARI SEKOLAH

Makanan pun kena survey jugak. Kanak-kanak tak makan pedas dan mungkin ada yang alah dengan seafood. Ni pon salah satu benda yang aku terlepas pandang. huhu... Btw, pax kitorang kira sekali dengan kanak-kanak. So genap2 je order and tambah extra sikit sebab yela mana tahu sorang makan dua ketul ke kan..hehe.. so, kena consider lauk2 yang disediakan n makanan sampingan.

Penyediaan hadiah ikut kategori. Sepatutnya bahagikan ada yang kumpulan ada yang individu. Yela, mula-mula ingat nak bagi semua hadiah sama je sebab kekangan masa dan kakitangan nak prepare semua. Then bila fikir balik, kena ada perbezaan sikit barulah nampak fair. hehe




Tema hadiah kami memang biskut and chocolate lah huhu and ada lah sikit2 towel dan lain2 hadiah. Time tu mampu doa banyak2 jela.... Tapi, alhamdulillah semua masalah setel bila urusetia masing-masing share idea dan sepakat walaupun masa sangat suntuk. Rasa macam nak handle majlis penuh protokol plak.. hihi... 

Untuk kenangan plak, kitorang plan buat tukar2 hadiah setiap family. Bajet letakla dalam RM20 tak kisahla nak bagi hamper makanan ke, sabun ke, perkakas dapur ke..Hehe

So tu lah serba sedikit perkongsian yang aku boleh share.

Last but not least, yang penting jangan lupa solat jemaah kayh... Untuk yang bermusafir boleh rujuk cara jamak qasar ikut imam kayh ;) Ingat, apa-apa pun yang kita hadapi suka mahupun duka kita kena berbalik kepada Allah.

Ruang solat yang selesa dan luas siap ada aircond.

Untuk live slide show, aku just bukak Whatsapp Web connect ke projector..Then download sikit2 dari grup and play as slide show...heehe lagu random jer pilih dari laptop.. Gambar memang ambil dari siap2 yang upload...

So sebelum majlis tu dah inform urusetia and family siapa2 yang ambil video or gambar upload terus masuk group... Janji ada gambar hehe..time makan or santai2 boleh play slide show tu ;) So, kejap2 bukak whatsapp web upload gambar masuk dalam satu folder hehe.. mudah kan... Tak perlu nak buat video sebab memang tak sempat dengan rushing nya... hehe...



Penutup tahun 2018 =)

Tu je kot nak share..Kalau ada apa2 penambahan or soalan, boleh tanya kat komen or email ke knorashiqin@gmail.com kayh ;) Jom tengok video plak! Sorry sebab blur sikit...

1 comments

  1. Teringin nak buat family day tapi tulah malas nak jadi organiser hahha...Seronok kalau sesekali dapat gader gader mcm ni kan Shiqin

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda