Pengalaman Pakai Purdah dan Niqab [PART 3]
Sunday, September 16, 2018
Assalamualaikum semua!
Ok ini adalah entry sambungan daripada ENTRY SINI. Klik link tu untuk baca okayh. Sebelum ni
aku dah cerita apa pandangan orang semua kan. So, harini nak share pasal
cabaran nak dapatkan niqab plak.
Dalam entry ni jugak aku akan share kan kat mana korang boleh dapatkan purdah
dan niqab dengan harga yang berbaloi tapi material still selesa bila pakai.
Baca sampai habis ye =)
HARGA NIQAB/PURDAH MAHAL
Mula-mula pakai tu memang rasa janggal. Aku start dengan niqab pada mulanya aku beli agak mahal bagi aku mungkin sebab material ke ape ke aku tak sure tu pon aku beli kat butik berdekatan. Korang jangan lah kecam aku cakap "eleh nak berhijrah pon berkira". Yela mana tak nya, aku memang suka pakai yang sedang2 je harga nya. Aku tak pandang brand apa semua janji patuh syariah dan boleh pakai dengan selesa =)
Time tu tak tahu nak beli kat mana and memang dah survey online and harga lebih kurang sama RM 39 untuk niqab ninja. Pastu aku beli purdah plak paling murah aku jumpa RM17 sebab aku jalan kedai2 lebih kurang RM20 so aku pon beli la purdah tu. Ada satu niqab and satu purdah pon aku dah rasa eksaited nak teruskan penghijrahan ni. Alhamdulillah kak ipaq dengan adik ipaq support aku and tak lupa jugak kawan2 yang lain.
Lagi bertambah teruja nak pakai bila kau nampak artis Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar pon dah start berpurdah. Tak tahulah macam mana dia boleh muncul kat insta search tu. Mungkin sebab aku asyik like gambar orang berpurdah semua so dia pon muncul. Kalau tak, aku tak tahu pon diorang dah berpurdah =)
Then aku tak putus asa lagi, aku teruskan survey online cari purdah dan niqab paling murah. Alhamdulillah, tak sangka aku jumpa instagram jual purdah harga murah sangat! Kebetulan tengah promo lagi few days je nak tamat. Harga normal RM 12 dia buat promo RM 6 jer. So aku pon rembat lah tudung bidang 60 set dengan purdah and niqab. Time ni purdah takde promo tapi still murah jugak RM10. Material dia memang puas hati. Cuma niqab dia kain tebal sikit but still selesa untuk bernafas semua.
Ni la satu set tudung dengan purdah material heavy chiffon memang best dan labuh.
So, kat sini aku nak share dengan semua tak kisahlah korang belum rasa nak hijrah atau ada niat atau tercari-cari purdah, tudung labuh dan niqab murah. Boleh terjah instagram @husnascarf , @tudunghazieziz and @niqabsyanas.exclusive semoga membantu =)
So, itu jela setakat ni dulu ok. Next entry aku cerita cabaran waktu bersukan, time makan dan nak hadap kata-kata orang sekeliling and step step aku buat sepanjang penghijrahan okayh =) Salam 4 Muharram 1440H & Salam Jumaat semua!
Sekian sahaja, dari Shiqin yang masih belajar. =)
This is auto-post entry. Hence date mentioned in this article might not be the same with the posted date.
3 comments
terima kasih atas perkongsian yg menarik.. saya kebetulan baru belajar menutup aurat menurut syariat.. semoga dapat kekuatan mcm awak juga..
ReplyDeletesama2....aminn...semoga terus istiqamah =) lagi tggi kesungguhan dan cabaran yg awk tempuh, lagi banyak pahala..semoga Allah permudahkan urusan awak
DeleteHai... Saya nak tanya part 4 ada tak ya? Seronok lah baca kisah akak 😭😭😭
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda