Cara Transfer NCD Insurans Kereta dan Dapatkan 15% Cashback!

Friday, January 05, 2018

Assalamualaikum..

NCD atau nama panjangnya Non-Claimable Discount, bukan Non-Communicable Disease ye akan diberikan oleh syarikat insurance sekiranya insurance kereta tidak di "claim" dalam masa setahun atau sepanjang kita menjadi client insurans sesuatu syarikat.


So, kepada yang tak tahu nanti kalau nak beli kereta baca ni dulu kayh! Aku baru je belajar pasal insurance ni... Rugi tak belajar sebab banyak benda korang boleh claim sebenarnya. Salah satunya NCD and cashback!


CARA TRANSFER/ DAPATKAN NCD INSURANS KERETA

NCD kebiasaannya akan dapat secara automatik cuma akan jadi masalah bila korang tukar insurance lain atau nak beli kereta lain. Contoh, tahun ni ambil insurance A, tahun depan amik Insurance X plak. Macam aku la tu muhahahah!

Kenapa aku tertukar tu panjang cerita dia.. Nak dipendekkan sebab nak proses cepat kat pejabat pos. Insurance A takde waktu tu...haha.. So, supposedly aku dapat 25% NCD means 25% discount untuk next renewal tapi jadi 0%.

Aku dah call kedua-dua syarikat and supposedly NCD akan di transfer secara automatik once insurance yang first tu dah release NCD, tapi aku check online still 0%. Then staff  Insurance X which is Insurance kereta aku sekarang suggest aku pergi ke cawangan terdekat. Cawangan tau bukan agent.


Last2, staff insurance X cek dengan sistem ISM (Insurance Service Malaysia Berhad) dan inform ada Insurance V dah amik NCD aku. Aku pon pelik lah kan. Aku tak pernah langgar kereta orang pon. Last2 insurance X suggest aku call Insurance V yang amik NCD aku ni.

Nak tahu apa dia cakap? Sistem problem. tu je.. Then, dia release aku punya NCD. Padahal aku tak pernah jadi client Insurance V ni...huhu... Dia pon tak tahu kenapa jadi macam tu. Last2, aku dapat balik NCD 25% tu...yeay so Insurans X refund balik 25% aku sebab time renew haritu bayar full...huhu

Basically, macam tu lah proses dia. Call insurance korang dan cek NCD berapa, kalau perlu transfer tanya dia macam mana. Sekarang tak perlu surat untuk transfer NCD, diorang boleh cek dengan sistem ISM je. 

Untuk yang dari kereta lama nak transfer kereta baru pon macam tu lebih kurang cara dia. Call je and check online. Cek online ni aku takkan cerita sini huhu sebab nanti jadi panjang sangat =p. Tanya je syarikat insurans korang kayh.

CARA DAPATKAN CASHBACK

Bagi yang tak tahu, cashback hanyalah syarikat insurance yang ada Takaful sahaja, contoh Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Takaful Etiqa dan macam2 lagi.

Untuk Takaful Ikhlas, once korang dah jadi client diorang, korang hanya perlu daftar online dan update akaun details. Cukup setahun je korang akan dapat 15% cashback out of total cost korang bayar insurance. Contoh insurans RM 1120 so 15% dapatla dalam RM 168. Duit jugak kan =p Boleh buat beli jajan.

Rasanya, takaful lain lebih kurang sama je cuma percentage cashback aku tak sure. 

Oklah sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat!! Jangan lupa share dengan kawan2 atau sedara mara okayh! ;)


8 comments

  1. Assalamualaikum dan salam perkenalan.. Sha follow sini..
    Nice info.. Sha baru claim insurans kereta sebab kemalangan.. Nanti renew memang bayar mahal sikitlah sebab NCD dah kosong..

    ReplyDelete
  2. nice info, baru tau bleh transfer NCD klau dari syarikat insuran yang lain

    ReplyDelete
  3. Kalau kereta dah jual dalam 2tahun..boleh ke dapat NCD tu balik atau wang..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti yang tu kena contact company insurance.. Sebab nak claim tu ade duration dia dalam setahun xsilap saya. Kalau tak dikira burn.

      Delete
    2. polisi dah xpired xbole dpt refund.. tp ncd bole ambil bawa ke kereta lain / kereta baru

      Delete
  4. Boleh sy tahu.kalau kerete dah jual tukar milik.boleh ke clim insran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sbb soalan kurng jelas... Owner lama or owner baru yg nak claim ye? Setahu sy klu owner lama dia boleh claim balance baki bulan yg tggal utk refund n claim %NCD.

      owner baru mmg kena apply balik semua

      Delete
  5. Assalam.. nak tany Kalo buat pemindahan NCD Dari kereta lama ke kereta baru.. boleh dapat cash refund Ka?

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda