Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 6]

Monday, July 23, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 5]
 

 


 "Aira tahu tak 5 tahun yang lalu, ayah akak hampir maut kerana penyakit darah tingginya tiba-tiba mencanak. Waktu itu driver ayah sedang bercuti kerana isterinya sakit jadi ayah akak memutuskan untuk drive sendiri. Teringat lagi kata-kata ayah pada waktu itu, 

Walau setinggi mana pon pangkat kita, janganlah pernah berlaku sombong dan bongkak. Bak kata orang, resmi padi, makin dituai makin berisi dan makin tunduklah ia. Sekali sekala ayah nak drive sendiri juga, tak mengapalah.

Ayah sempat lagi senyum pada ketika itu. Padahal kami sangat risau pada kondisi ayah yang tidak berapa sihat pada ketika itu. Tapi, dia tekad juga mahu memandu keretanya sendiri dan tidak mahu menyusahkan sesiapa termasuklah kami keluarganya sendiri" 

 mendayu sahaja suara kak Syuhada membuatkan hati aku berasa sebak.


"Ayah hampir kemalangan kerana tiba-tiba sahaja darah tingginya menyerang lagi. Tapi, nasib baiklah bapa Aira dan Rafique kebetulan lalu di situ dan segera menghantar ayah akak ke hospital" jelas kak Syuhada lagi. Aku menghayati satu-persatu apa yang diperkatakan oleh kak Syuhada.



"Selama beberapa hari jugalah bapa Aira duduk di hospital menjaga ayah akak atas permintaannya sendiri. Tapi, akak dan ibu tekad juga mahu duduk di sebelah ayah. Rupa-rupanya, bapa Aira adalah kenalan lama ayah akak dan untuk membalas jasa bapa Aira, ayah akak membuat keputusan untuk menghadiahkan RM 1 Juta namun bapa Aira menolak atas dasar keikhlasan." 

 suara kak Syuhada kali ini benar-benar mendayu dan menggamit suasana sayu dalam bilik itu.


"Rafique pula yang sedang mencari kerja, ditawarkan bekerja di syarikat ayah sebagai perunding syarikat. Oleh sebab bapa Aira menolak tawaran ayah, Rafique mencadangkan agar Aira ditawarkan bekerja di syarikat yang sama setelah Aira tamat belajar nanti. Walaupun Aira menolak pinangan Rafique atas sebab menganggapnya seperti adik beradik, namun Rafique tetap mahu melihat Aira dan menjaga Aira walaupun dia redha dengan keputusan Aira." sambungnya lagi.



"Pada malam itu,  tanpa disedari ayah telah pun menghembuskan nafas terakhir. Padahal kami sempat juga bergurau senda  sebelum kami terlelap bersama-sama...." kali ini kak Syuhada tidak dapat menahan air mata lagi. Aku mendakap tubuh kak Syuhada dan mengusap-usap belakangnya. 


"Sabar ye kak, Allah lagi sayangkan dia" pujuk aku ingin menenangkan kak Syuhada. Pada waktu yang sama, aku juga mengalirkan air mata tanpa disedari. Tiba-tiba aku terkenang pada arwah ayah yang telah meninggalkan aku dan ibuku 2 tahun yang lalu. Perasaan ku juga bercampur baur kerana tersentuh dengan niat baik si Rafique.


 

Beberapa minit selepas itu kak Syuhada menyambung ceritanya lagi sambil berbantalkan kerusi Ikea yang lembut di bilik kerja ku. Kelihatan di luar pejabatku pula pemandangan yang menenangkan mata yang melihatnya.

Gambar hiasan

"4 tahun selepas ayah meninggalkan kami, Syamsul akhirnya menamatkan pengajiannya di Australia. Selama 4 tahun akak menggalas jawatan CEO tapi setahun lepas itu, Syamsul pula mengambil alih tempat akak atas permintaan suami akak. Suami akak risau dengan keadaan akak menghandle syarikat dalam keadaan berbadan dua selepas setahun kami berkahwin."  


kata-kata kak Syuhada membuatkan aku berasa ingin tahu lagi kisah selanjutnya. Baru ku tahu selama ini kak Syuhada sudah pon berkahwin dan mempunyai cahaya mata bersama suami nya yang menjadi pengurus keluaran kenderaan Mercedes di Malaysia.


"Dalam masa setahun itu pula, setiausaha yang selama ini bekerja dengan kami mohon perletakan jawatan atas sebab ingin mengikut suaminya iaitu salah seorang pemaju syarikat pembangunan" jelas kak Syuhada lagi. Jadi benarlah seperti apa yang diperkatakan oleh Rafique tempoh lalu.


"Syamsul pula ingin mencari setiausaha yang baru dan jika boleh ingin dijadikan isterinya. Sempat juga si Syamsul ni"

 kak Syuhada tersengih-sengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya ke arah aku. Bila aku hayati semula kata-kata kak Syuhada tadi, tiba-tiba aku terfikir, akulah setiausaha Syamsul sekarang! Ya Allah, takkanlahh!!...


END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 6]


NEXT PART [PART 7]

1 comments

  1. ohhh.sebab tu ke kena trimas dekat rafik dgn ayah aira..oke2 dah paham^^

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda