Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 7]

Wednesday, July 25, 2012

Bersambung daripada Korban Cintaku Demi Sahabat [Part 6]





" Hehe, Aira jangan risau. Syamsul cerita pada akak sahaja perkara ni."  jelas kak Syuhada sambil tersengih ke arah ku. Seperti tahu sahaja kak Syuhada ni yang aku berasa sangat malu kerana dalam diam juga aku suka pada Syamsul.


"Aira, akak nak tanya sesuatu boleh? Tapi janji jangan marah pada akak atau sesiapa yang terlibat ye" soal kak Syuhada sambil memandang tajam ke arah ku. Apa pulak lah agaknya soalan kak Syuhada kali ini. Siap kena janji jangan marah pulak. 

"Urmm, apa dia kak? InsyaAllah saya terima dengan hati terbuka" balas ku.


"Aira nak tahu tak, sebenarnya sudah lama Syamsul stalk Aira. Akak harap Aira jangan marah ye. Syamsul memerhatikan Aira dengan bantuan Rafique dan Diana, iaitu housemate Aira sendiri" kata-kata kak Syuhada benar-benar membuat aku seperti terkena heart attack


" Hah?? Diana pun??" teriak ku dengan nada terkejut.

"Ha'ah, hehe. Diana pun. Aira janganlah marah ye" pujuk kak Syuhada.


Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku yang bercampur baur pada ketika itu. Suka? Sebab Syamsul  orang yang aku baru sahaja admire selama ini stalk aku? Pelik? Macam mana Diana boleh terlibat? Confius? Bagaimana Rafique kenal Diana dan tahu mengenai aku padahal kami jarang sekali contact each other.



Melihat sahaja keadaan aku yang terpinga-pinga, kak Syuhada pun meneruskan penjelasannya, "Kalau Aira nak tahu, Rafique kenal Diana melalui bacaan perbualan Aira dan Diana dalam tweeter. Dari situ lah Rafique cuba menjejak Aira dan menolong Syamsul men stalk Aira. Hehe."




"Pada mulanya akak berpesan kepada Syamsul jangalah diusik Aira tu lagi-lagi Rafique admire pada Aira. Sebelum tu Syamsul mengenali Aira melalui penceritaan Rafique sahaja. Jadi akak tak mahulah Syamsul seperti mengambil kesempatan setelah Aira menolak cinta Rafique." 

cerita kak Syuhada kali ini benar-benar mencuit hati aku. Entahlah aku mahu berasa malu ataupun kelakar.


"Tapi tanpa disedari perbualan kami didengari oleh Rafique. Rafique pun membuat keputusan untuk menolong Syamsul kerana tahu sangat perangai Aira yang tegas dalam membuat keputusan ke atas sesuatu perkara." jelas kak Syuhada lagi. 


Rafique memang sudah masak dengan perangai aku. Jika aku katakan tidak, dan selagi benda itu tidak membawa ke arah keburukan, maka tidaklah jawapan aku. Kata-kata kak Syuhada benar-benar membuatkan aku tersentuh dengan sikap si Rafique.


"Hehe, setelah beberapa bulan men stalk Aira, Syamsul memutuskan untuk memilih Aira sebagai ratu hatinya dan berazam untuk menarik hati Aira kepadanya dengan bantuan Rafique. Kali ini, Diana tak terlibat. Hehe. Cuma, yang mohon kerja hari tu Diana yang promote pada Aira kan? " soal kak Syuhada.



END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [Part 7]

NEXT PART [PART 8]




0 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda