Bagaimana Allah dan Malaikat berselawat...

Friday, October 05, 2012






Assalamualaikum semua, Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi dengan sahabat2 yang sudi membaca blog aku.... ;) mohon jangan ada rasa pelik dengan cara penulisan aku ok. 


Macam mana dengan hari Jumaat korang? =D hehe, cukup baikkah? atau sama? atau lebih teruk dari sebelumnya? hopefully baik2 je semua...huhu...So, berbalik kepada topik....selalu kalau korang berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w melalui sebutan mahupun dalam hati rite? 


Entry ni memang panjang aku cakap...haha, kalau korang rasa malas, aku doakan korang rajin nak bukak entry ni suatu hari nanti... =D JANGAN LUPA UNTUK BOOKMARK! =D


Dinyatakan dalam al-Quran  sebagaimana firman Allah (mafhumnya),  

"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)

Jadi, korang tahu ke macam mana Allah dan Malaikat berselawat? 


Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad bukan dengan kata-kata seperti yang kita menyebut dalam ungkapan selawat yang terkenal. Salawat Allah ke atasnya bermaksud Allah Taala sentiasa memberikan

kepadanya kebaikan dan kerahmatan daripada hidupnya hingga wafatnya dan sehingga pada hari-hari Baginda hidup dalam alam barzakh hinggalah ke hari kiamat. 


Inilah yang disebutkan dalam kitab Tafsir Al Qurtubi, juzuk 14, halaman 222 yang bermaksud,  



"Salawat daripada Allah adalah turunnya rahmat Allah dan keredhaanNya kepada Nabi Muhammad sepanjang masa".


Salawat daripada Para Malaikat bermaksud,  

"Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad S.A.Wsepanjang zaman serta meredhainya.



Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya), "Sesiapa yang bersalawat ke atasku satu selawat, maka Allah merahmatinya dengan 10 rahmat".


 lets do zikir, istighfar, and selawat to keep your heart healthy.. 


Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata,

 "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa tersebut. 


Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". 


Demikianlah hebatnya salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam.

 



SUMBER: LINK

P/S: memang dulu cikgu aku ada pesan, kalau lepas berdoa tu, akhirilah doa kita dengan selawat ke atas nabi supaya diangkat doa tersebut, maknanya lebih mudah diperkenankan...wallaua'lam...  selamat beramal! =)





6 comments

  1. satu perkongsian yang bagus.. camtu pasni kne besekan selawat atas nabi r pas doa.. thanx share ye =)

    ReplyDelete
  2. I read this article fully about the comparison
    of newest and previous technologies, it's awesome article.
    Also see my website > internethelper.org

    ReplyDelete
  3. Yup memang benar dan pernah diajar ketika dulu.. akhiri dengan selawat dalam apa jua ibadah kita... thks mengingati kita yag mudah terlupa ini..

    ReplyDelete
  4. info yang bagus..tq

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda