•❤•SHAWL MURAH DAN LABUH DISINI•❤•

25 Jul 2012

Resepi Puding Trifle Peach

Assalamualaikum semua, Ok buat sementara waktu ni cerpen yang aku karang kena rehat untuk dipublishkan. Hari ni nak share resepi Puding Trifle!! Tadaaa!!

Siap Sepenuhnya!
Lapisan pertama


Bahan-Bahan

1        cawan tepung Kastard  [Jenama Bird]
1        Tin susu cair [Dairy Champ or Golden Coin murah sikit..hehe]
1        Tin air [Sukatan Tin susu]
1/2     Cawan gula putih
1        Tin buah [Peach sahaja dah cukup sedap]
2        Kotak Serbuk Jelly [Jenama Nona, perisa Strawberry sedap]
4        Bungkus kek apollo [0.40 sen...hehe]


Cara-Cara

1. Potong dan susun kek Apollo dalam bekas. [potong kecil-kecil lagi nampak banyak macam pic kat atas tu..=p]

2. Panaskan dengan api yang perlahan, tepung kastard, susu cair, gula, dan air. Kacau sehingga likat dan pekat. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas yang berisi kek Apollo tadi.

3. Biarkan ia sejuk sebentar.

4. Bancuh serbuk jelly Nona dengan air panas sudah memadai. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau jelly sehingga hancur.

5. Tuangkan ke atas kastard yang sudah pejal tadi. Sementara jelly masih panas, susun buah peach yang dipotong comel di atas jelly tadi.

6. Dan sejukkan dalam fridge. Siap sedia untuk dimakan! =)

Kelihatan dua layer! Almak tak cukup pejal la kastard kuh!

message: kalau nak sedap letakla nata de coco, pastu letak kek besar sikit instead of kek Apollo...hiihihi....=D

Selamat Mencuba!! Jom Tarawih!!



4 157 Love This Entry:

  1. nampak cam menyelerakan jew..:)

    ReplyDelete
  2. poskn ke sini 1...hehe....

    ReplyDelete
  3. Wow, superb blog layout! How long have you been blogging for? you make blogging look easy. The overall look of your site is fantastic, as well as the content!

    ReplyDelete