Assalamualaikum semua....urm urmm, OK tajuk ni agak matured tapi inilah ilmu orang kata, bila share dapat pahala sebab aku tahu, tidak semua pon tahu pasal ni....Dan untuk itu, buat apa aku nak malu kan?? ngehh!!....Orang kata ilmu tanpa amal itu rugi....Tapi, melakukan sesuatu tanpa ilmu adalah sia-sia sahaja....walaupon mungkin mendapat kemaafan sekiranya benda kita lakukan tu salah, sebab kita tak tahu....but still useless right?? =)
So, tanpa menaip kata alu-aluan yang panjang[eceyhh]...Aku nak kongsikan sedikit setelah ternampak artikel ini, dan membuat sedikit research mengenai hukum melakukan seks atau dikenali dengan berjimak ketika isteri datang haid...JOM! =D
ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi
jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya. Sudah jelas hukum pengharamannya dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Takutkanlah kamu dengan hukum Allah! Ada hikmah di sebaliknya..=)
Mitos mengenai darah haid
- Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.
- Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.
- Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.
Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya...Percayalah ajaran Islam itu cantik untuk dihayati dan difahami...=)
Sebab Bahaya Melakukan Seks Ketika Isteri Datang Haid
- Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.
- Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.
- Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.
- Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!
- Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.
Kajian
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan;
menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.
Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan,
wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Cara atasi masalah ini:
“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi sesiapa mahu selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas,” (Surah Al-Mukminun: 57)
Bagi yang mengalami haid lebih daripada 15 hari bukan wiladah atau nifas, ianya dikira sebagai darah istihadah. Majoriti para ulama' membenarkan suami "bersama" isteri sila lihat rujukan SINI.
Sumber: Dunia Islam Ibnu Ahmad
p/s: Ok, hopefully semua dah faham...hehe, bagi yang ingin berumah tangga dan telah mendirikan rumah tangga, harap info ini serba sedikit membantu...=)
- Saturday, June 16, 2012
- 28 Comments