Assalamualaikum..
Alhamdulillah yang ni aku praktikkan sendiri kat rumah dan menjadi!! Nak tahu rahsianya apa? Hanya guna bahan natural sahaja ok tanpa perlu menelan pil.. *ini bukan iklan jual barang tau
Selain memberikan efek detoksifikasi, ia juga bertindak membekalkan vitamin C yang boleh meningkatkan level imunisasi dalam badan kita... haaa apa la benda aku nak cerita ni agak2 ye?
On a daily basis, our body uses antioxidant vitamins to boost the immune system, warding off such unwelcome visitors. One of the most important antioxidants for this is vitamin C.
Itulah dia hot honey lemon! nyum nyum
Ada certain orang dia buat hot honey lemon tea...Tapi pagi2 aku buat hot honey lemon je..nak buat teh, teh takde....hahaha... *ok, hambar T_____T...
Aku start minum bulan 12 tahun lepas sampai lah sekarang lebih kurang nak dekat 3 bulan macam tu.. Mula-mula aku minum tak konsisten... Tapi sekarang ni aku tak pernah miss minum ni pagi2... Alhamdulillah selesema dan resdung di pagi hari, semakin berkurang =')
Kalau dulu seafood jarang aku nak makan kecuali kalau kat rumah memang taklah kau nak elak kan, MASAKAN MAK KOWT >.< tapi lepas tu aku end up dengan makan ubat hospital. hurmm lepas tu tingtong hurmm lepas tu berazam tak nak makan seafood lah kononnya tapi makan jugak..
Tada!! Haa alang2 korang tengok udang goreng tepung ni menarik kan, cubalah reseipi kat SINI
Ok, sambung balik, haritu aku saja lah aku try makan belacan setelah sekian lama nya aku tak makan, sebab aku pernah nak demam sebab makan belacan...bersin non stop kowt, tapi alhamdulillah nikmat makan belacan tu kini aku dapat semula...
Tapi, yang ni cuma merawat jer, InshaAllah kita cuba plan Allah yang menentukan ye dop? Kalau nak sakit tu sakit jugaklah kan...hehe, kalau sihat jer nanti takut kita lupa dibawa arus duniawi...
So, bila sakit tu jangan korang datang blog aku ni cakap aku mentipu plak... Dan sebenarnya depends pada beberapa faktor jugak... Ada orang gastrik tak boleh minum lemon nanti lagi pedih ulu hati, jadi gunalah gaviscon... #eyhh
Faktor lain termasuklah imunisasi badan yang lemah, jadi mungkin minum lemon drink ni macam tak efektif sangat...depends...
So cara dia senang jela:
- potong nipis lemon (tak perlu buang kulit)
-masukkkan dalam air panas atau suam
-letak madu sikit sebab nanti masam sangat
-rendam lama sikit dalam 10 minit ke lepas tu baca basmalah dan selawat sikit and minum
-kekadang pagi2 dah lambat tu tak perlu rendam lama2 pon boleh, aku kadang2 picit2 lemon tu hahahah
-rendam lama2 tu sebab kulit lemon tu yang memberi kesan detoksifikasi (membuang toksin) dalam badan okayh!
Dan kesan ini juga terbukti pada salah seorang hamba Allah dalam artikel ni >>> SHE DRANK THIS EVERY MORNING FOR A YEAR. HERE'S WHAT HAPPENED AFTER THAT ;)
Apa- apa pon, kita hanya berusaha dan kejayaan itu hanya dengan izin Allah sahaja...ehehe dan jangan lupa ini!
SELAMAT MENCUBA! THANX FOR READING THIS ENTRY!!
(^___________^)V
SUMBER:
- Friday, April 03, 2015
- 4 Comments