Assalamualaikum..
Nampaknya dah lama juga aku tak share pasal percutian dalam blog ni kan?
Heheh.. So, dah nak cuti sekolah ni boleh la plan. Kalini aku nak
plan baik punya untuk bercuti dengan family kecilku. Lokasi pilihan kali ini
ialah di Penang.Kenapa perlu bercuti ke luar negara sedangkan dalam Malaysia
pun ada banyak tempat yang boleh kita pergi kan? Heheh saja je nak jaga hati
sendiri.
Sebenarnya ada lagi few tempat yang aku dah listkan untuk pergi.. Tapi
haritu tak puas jalan-jalan kat Penang sebab makanan dia semua sedap-sedap. So
kalini sambung lagi percutian ke Penang!
Kalini aku plan naik flight and beli dari Kuala Lumpur to Penang flight ticket sebab tak nak penat sangat and jimat masa. Kalau korang nak tahu, korang
boleh try book Jetstar flights online guna Traveloka. Kat Website Traveloka ni
mudah sebab semua benda ada dalam tu.
So, yang kaki berjalan atau wonderlust aku sarankan untuk guna Traveloka
dan yang paling menarik aku pernah baca review ada orang save sampai RM200++
dengan Traveloka tau. hehe
Oklah, Panjang dah mukadimah aku, so jom aku share kan plak
tempat-tempat menarik yang aku dah survey untuk pergi.. Heheh, rugi kalau tak
singgah tau.
● Penang Street Art
Yang ni memang wajib pergi, jarang sangat kita tengok orang pergi Penang
tak pergi sini melainkan kalau dia tu memang dah selalu datang penang lah.
Terdapat pelbagai mural yang dilakarkan di dinding-dinding di sekitar
Georgetown. Dan specialnya murah ini ia menceritakan serba sedikit mengenai
kehidupan dan gaya hidup penduduk tempatan.
● Rumah P. Ramlee
Siapa tidak kenal dengan seniman agung negara kita Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Beliau sangat berjasa dalam industri hiburan tanah air kita. Walaupun beliau telah tiada, namun lakonannya masih ditayangkan di kaca televisyen kita sebagai tanda penghargaan untuk beliau. Rumah ini dibina oleh ayah beliau sendiri. Selepas ketiadaan beliau rumah ini dibaiki serta dijaga oleh pihak Arkib Negara dan dibuka untuk pengunjung.
● Bukit Bendera
Boleh dikatakan Bukit Bendera ni menjadi salah satu daripada simbol
kepada Pulau Pinang. Ia merupakan stesen Bukit British yang tertua di Asia
Tenggara. Dan cuacanya juga lebih sejuk berbanding di Bandar Georgetown, yelah
nama pun atas bukit kan. Macam mana nak naik? Kena hiking ke? Jangan risau
dekat sini ada disediakan service kereta api funicular. Jadi mudahlah untuk
kita nanti.
● Pantai Batu Ferringhi
Kalau orang datang Penang tak pernah dengar nama pantai ni, mungkin kena
repeat kot pergi Penang minggu depannya. Ia merupakan pantai yang paling famous
di Pulau Pinang. Terdapat banyak hotel dan penginapan berhampiran dengan pantai
ni.
Mungkin kami juga akan pertimbangkan untuk cari hotel area sini juga sebab nak santai-santai tepi pantai juga. Kalau korang jenis yang minat sukan air macam aku, so aku cadangkan korang untuk menginap area sini!
● Fort Cornwallis
Penang ni kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang boleh kita pergi dan
lihat sendiri. Salah satunya adalah Fort Cornwallis. Ia merupakan kawasan
pertama yang orang famous dalam buku sejarah kita, Francis Light jejak semasa
tiba di Tanah Melayu dulu. Di sini terdapat beberapa peninggalan sejarah yang
masih kekal utuh dan elok.
Di sini kita bukan sahaja boleh buat aktiviti air, tetapi ada juga
aktiviti lasak mesra alam semula jadi yang lain. Di taman tema ini juga
terdapat gelongsor air yang terpanjang di dunia iaitu 1.14km. Walapun tiketnya
agak mahal tetapi aku rasa sangat berbaloi untuk kita cuba sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup. Harap-harap suami bagi naik sebab dia memang gayat bab-bab
gelongsor tinggi atau roller coaster ni..hihi
Sebenarnya banyak lagi tempat yang kita boleh singgah dekat Penang ni.
Kepada yang sukakan sejarah atau sesuatu yang lain boleh kunjungi beberapa
muzeum yang terdapat di Penang. Muzeum di Pulau Pinang ni bukan sahaja untuk
peninggalan sejarah malah ada juga muzeum-museum lain yang kita pun tak
terfikir diorang akan buat macam Ghost Museum dan Teddy Bear Museum.
Selain itu, sesetengah bangunan yang masih mengekalkan struktur lama tu
memberikan satu keunikan untuk kita lihat dan rasa sendiri suasananya. Moga
perkongsian aku yang serba sedikit ni boleh bantu korang juga nanti. Selamat
bercuti!
- Monday, November 25, 2019
- 8 Comments