Assalamualaikum, pernah tak korang baca artikel kenapa perlu mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin?? hehe kalau pernah baguslah...Tapi kat sini aku mahu sharekan sedikit petikan artikel tersebut:
Google pic |
KENAPA PERLU SEBUT ALHAMDULILLAH SELEPAS BERSIN??
Semasa kita bersin, selain menghembus kotoran dalam hidung, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan
jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdetak untuk
sementara.
Setelah selesai bersin maka jantung akan kembali lagi
berdenyut ataupun akan berdetak kembali. Oleh sebab itu, dalam agama
Islam kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Allah
iaitu "Alhamdulillah" ataupun bermaksud "Segala Puji bagi Allah",
kerana jantung kita sudah kembali berfungsi seperti biasanya atau
normal, setelah istirehat sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi.
Allah memberikan peluang untuk kita bernafas di bumi pinjaman ini lagi.
Cuba bayangkan kalau jantung kita berhenti berdenyut selepas bersin
tadi? Nauzubillah.
see, kita boleh nampak logiknya di situ kan? =)
UCAPAN/DOA KEPADA YANG BERSIN:
Orang yang bersin : sebutlah Alhamdulillah [segala puji bagi Allah]
Orang yang mendengar ucapan Alhamdulillah: perlulah menjawab Yarhamukallah [semoga Allah merahmatimu]
Orang yang bersin tadi menjawab kembali: Yahdiina Wayahdi Kumullah
Jika bersin lebih daripada 3 kali, mungkin ini adalah penyakit maka yang mendengar tadi sebutlah:
Afakallah [semoga Allah menyembuhkan kamu]
Sumber: MynameisAsri
Sebut betul-betul ye doa tu...hehe...Selamat beramal...=)
p/s: ada sesiapa tahu makna Yahdiina Wayahdi Kumullah?? tolong share ye...tq =)
- Saturday, July 21, 2012
- 10 Comments