Subhanallah...Aku Selfish Tapi Kawan aku Macam ni...
Tuesday, July 04, 2017
Assalamulaikum...
Entry ni memang khas buat sesiapa yang diluar sana yang pernah menjadi kawan setia hujung nyawa aku...Tak perlu aku mention nama di sini...You know who you are...
Terdetik hati ini nak menulis sebab perasaan terharu, gembira, touching tu memang tak dapat nak kawal bila dikelilingi sahabat-sahabat yang sanggup berkorban, setia menasihati, sedia menerima nasihat aku and not easily rebel, layan perangai gila-gila aku, sedia menjadi pendengar setia, dengar tangisan dan sedia mendengar setiap cerita aku.
Dan yang paling penting, dia sentiasa ada di saat aku susah... =') Kadang-kadang tu walaupun aku rasa aku ni selfish, dia tetap ada bantu di saat aku susah. Aku pon bukan jenis suka bercerita dengan family aku apa-apa masalah sebab aku tak mahu susahkan diorang.
So, aku perlu tempat untuk luahkan perasaan atau cerita segala masalah aku. Memang aku akan cari kawan terdekat yang sedia mendengar dan boleh dipercayai. Minggu ni agak hectic sedikit berbanding minggu-minggu yang lalu.
AJAK MAKAN
Semua sebab masalah personal dan kerja datang bertubi-tubi. Baru-baru ni, aku ajak kawan aku pergi makan. Mula-mula memang dia menolak. Aku faham kerja banyak nak kena settlekan. Tapi aku macam selfish. Aku pujuk dia.
Dia pon dengan rela hati teman aku. Dalam perjalanan tiba-tiba dompet dia tercicir. Sedar pon bila dah nak sampai kat tempat makan. Tapi dia tenang je walaupun aku tahu dalam hati dia mesti resah. Dia kata takpe kita pergi makan dulu.
Aku jadi serba salah tapi kami dua-dua yakin mesti tercicir dalam kawasan tempat kerja. Kami yakin mesti ada orang akan pulangkan. Aku pon terus masuk restoran dan order makanan. Aku makan tapi dalam hati dah keluh kesah. Dia kelihatan masih tenang.
Selesai je makan, kami terus pusing kawasan yang kami lalu. Dompet takde. Memang takde.
Kalau aku, mesti dah menggelabah tak jadi teman pergi makan dan terus buat report. Once again. Aku selfish. Fikir perut aku je. Tapi dia kata takpe. Boleh buat report esok kalau tak jumpa.
Aku siap cakap nak temankan dia semua pergi buat report bagai. Tapi ada masalah lain aku kena settlekan. Dia just cakap takpe. Dia pergi dengan orang lain. Aku rasa serba salah dibuatnya.
Once again, aku rasa selfish sangat. Bukan sekali ni je. Sebelum ni pon dia dah banyak tolong tapi aku tolong dia boleh kira pakai jari.... Ya Allah, berilah peluang untuk aku membalas jasa-jasa dia.
SETTLE HAL PERSONAL
Minggu yang sama, gara-gara aku nak cepat settle hal dengan bank, aku pon parking luar kotak. Nasib kurang baik dan disaman. Tapi kawan aku, dia cuba bagi sebanyak info yang dia tahu so that aku boleh settle cara mudah and cepat.
Bila fikir balik time dia minta tolong, aku minta dia google je. Ya Allah, betulkah cara aku.?Sebab aku memang tak tahu. Tapi aku bagi idea so that she can look for the correct answer.
Belum campur hal-hal lain yang aku pernah minta tolong. Ya Allah, dia bantu aku, tolong aku sampai lah aku sekarang ni, alhamdulillah syukur dengan apa yang aku ada sekarang. Lagi hal bank minggu yang sama. Aku buntu, dan selalunya google lah tempat carian aku menyelesaikan masalah.
Tapi, Allah datangkan orang keliling yang ambil tahu dan cuba bantu permudah urusan aku dengan bank. Tapi aku fikir, semua takkan peduli dengan masalah aku. Aku bodoh sombong. Sebenarnya, aku tak mahu susahkan sesiapa. ='( Tapi aku lupa, malu bertanya sesat jalan. Yang penting tanya, orang layan tak layan lain cerita.
ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG
Aku cuba maintain senyum sebab aku tahu bukan semua pon yang ambil peduli. Tapi, aku akan cari tempat mengadu setiap masalah yang aku hadapi selain berdoa kepada Allah.
Mungkin ujian yang datang kecil bagi orang lain tapi merupakan masalah besar bagi aku sebab aku yang hadap je tahu setiap liku-liku cabaran yang aku hadapi di saat ingin menyelesaikan masalah tu yang tak perlu aku nak elaborate panjang di sini.
Dan setiap kali ditimpa ujian, aku sering ingatkan diri aku "Allah sayang, jadi Allah uji" mungkin Allah rindu nak dengar tangisan hambaNya. Percayalah, Allah sayang itu sebab Allah uji. Jadi aku tetapkan dalam hati supaya kawal perasaan dan teruskan berdoa.
Alhamdulillah, aku dikelilingi sahabat-sahabat positif yang sentiasa beri support dan bantu selesaikan masalah. Terima kasih ya Allah, terima kasih hadirkan sahabat-sahabat yang membawa aku ke jannah inshaAllah tidak kiralah ketika di zaman belajar hinggalah sekarang....
Sahabat yang disayangi sekalian...
Terima kasih.... Terima kasih untuk semua... Terima kasih mengajar aku erti menghargai dan bersabar... Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas jasa baik kalian inshaAllah.. =)
2 comments
Kawan yang baik, mereka tak akan mengungkit2 apa yang mereka dah beri pada kita. Acik pun sayang angah, am your friend also. hiks
ReplyDeletesusah nak dapat kawan macam tu
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda