REVIEW: Tempat Makan Best di Banting #MakanDalamCafe Sungai Lang, Banting
Tuesday, February 14, 2017
Assalamualaikum...
Harini dengan teruja hatinya saya nak share dengan semua pembaca tempat makan best di area Banting! Lokasi nya berdekatan dengan Teluk Panglima Garang lebih kurang 10 minit ke Makan Dalam Cafe!
Antara Hot menu yang terdapat di Makan Dalam Cafe! Memang hispter lah! Ok dah jom kita zoom out dekat menu yang terdapat kat Makan Dalam Cafe!
Antara minuman yang terdapat di Makan Dalam Cafe! Model ni single lagi... Nama dia Kay.. FB dia Ouhkay Carrie Rahman :p
Ok, kita start dengan menu yang ringan dulu lah kan.. Ehh ringan ke? hewhew... Amik hang disaluti emas kuning, emas coklat emas pandan dan emas strawberry... hewhew... Tepung apa lah dia pakai ni, rangup kot! Even dah sejuk sekali pon hahah...
Grilled Chicken! Nyummeyh!
Lamb Chop! Memang pergh gravy dia memang pure black pepper! Ada setengah restoran tu saya masuk kadang terasa halia lah, kicap lah..hahah Tapi ni memang terbaik!
Chicken Chop! Dia punya garing tu memang kriuk-kriuk lah! Selalu nak kasi rangup sikit orang goreng dengan bread crumbs.... Tapi ni memang juicy and kriuk-kriuk even dah letak black pepper sauce.
Favourite burger saya adalah Zinger!! Yang ni serius rasa macam Zinger kot! Macam biasa, rangup dia memang terbaik!!
Pernah try nasi lemak macam ni? haha, selain ayam, saya suka makan daging yang di sliced and grilled macam ni! Kebanyakan kalau grilled je mesti kering skit daging tu kan? Tapi ni tak... Still maintain rasa juicy dia and tak liat pon...hehe
Tak sah kalau jual western food takde set mushroom sup dengan roti bakar...hehe
Ni plak antara appetizer yang unik lah orang cakap... Sup kambing and roti telur bakar... Haa pernah try? Daging kabing favourite saya as always~~
Last sekali kita pekena dessert sagu longan! Even dah kenyang masa tu, tapi nak jugak hirup sagu longan ni...hahah, rasa kesegaran lepas penat bekerja...ecewahh...
Comel kan adik-adik yang masak ni...hehe
Makan sudah minum pon sudah... So, macam mana dengan harga kan? Haaa, jom kita zoom menu kat bawah ni haaa...
Apa pendapat korang? Berbaloi-baloi kan? haha... Portion dah la besar, sedap plak tu... So rugi tak singgah....huhu
So kalau korang nak tahu macam mana suasana kat Makan Dalam Cafe ni, jom scroll lagi sampai bawah...
Kawasan luar yang berangin dan santai! Kalau korang nak tahu, kat dalam kawasan cafe ni tak boleh merokok tau...haaa bagus tak? hehe Saling menghormati antara satu sama lain kan ;) Kalau nak merokok pergi luar dari kawasan cafe...hehe
Kalau korang nak ke sini, saya sarankan korang waze "Makan Dalam Cafe, Sungai Lang" atau "Gunting Karat Babershop" haaa, dah siap makan boleh pergi gunting rambut... kahkah! Nak tahu lebih lanjut, tekan je link kat bawah ni okayh!!
MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Sabtu (Ahad Cuti)
Masa: 6pm - 12am
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
4 comments
Alamak terliur pulak tengok gambar makanan sedap2 ni.
ReplyDeleteSedap la sauce blackpepper kat makan dalam cafe ni.. teringat2 sungguh
ReplyDeleteAcik pula mengidam makan kat sini.. huaaaaaa kena tunggu Yazid balik
ReplyDeleteOK boleh try, jgn indah khabar dari rupa cukup
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda