TERBAIK! Ikan Patin & Masakan Kampung Restoran Temerloh Catering

Monday, May 30, 2016


Assalamualaikum…

Anda tercari-cari tempat makan bagi masakan kampung atau ikan patin yang TERBAIK? Jawapannya ada di Restoran Catering Temerloh. 

Untuk pengetahuan anda semua, nama Restoran ni memang Temerloh tapi dia ada beberapa cawangan di Malaysia tau. Nak tahu kat mana? Teruskan membaca sampai habis =p hehe


Walaupun ramai yang bertandang, kebersihan tetap diutamakan! Siap dapat gred A lagi daripada Dato’ Bandar DBKL!


 Credit Photo: Lyssa Faizureen


Ok berbalik kepada topik, kenapa saya kata menu ikan patin dan masakan di Restoran Catering Temerloh ni terbaik? Haa sebabnya dalam banyak-banyak ikan patin yang saya makan, ikan patin yang dimasak di restoran ni sangat segar dan tidak kuat bau hanyir dia.



Ikan patin masak tempoyak dia memang piaw lah! Siap hirup macam tu je kuah dia…Hehe… Dapat plak makan dengan ulam-ulaman yang disaji dengan sambal tempoyak dan belacan, pergh ala-ala kampong gittew.  

Tapi personally ada Satu menu ni KORANG MESTI CUBA! … Makan plak panas-panas memang pergh!

Inilah dia Ikan Kerai goreng! Memang rangup di luar lembut di dalam. Rasa tepung dia lain daripada yang lain! Ok, jom tengok gambar yang lain plak!








Pecal dan sambal hitam pon ada! Selain terkenal dengan ikan patin masak tempoyak, menu asam pedas dan lain2 juga terkenal di sini!



Bukan itu je, terdapat juga beberapa jenis pencuci mulut kat Restoran Catering Temeroh ni tau. Hehe antaranya Puding Raja, tapai, puding susu, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau dan bubur jagung.



Tapi Puding Raja ni baru first time dengar so, saya pon tidak ketinggalan untuk mencuba! Memang sedap! Masam ada, manis ada memang secukup rasa! Puding ni di perbuat daripada pisang lemak yang di goreng, kemudian jalur emas (telur itik), dry berries dan prune. Puding ni dimakan dengan kuah campuran susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.


Ok, dah sedap tengok menu dia semua kan, so jom tengok harga dia memang berbaloi =)

Harga Ikan:
Ikan patin buah - RM29
Ikan patin sangkar - RM12
Ikan patin mas - RM22
Ikan kerai - RM12 / 100gm


Inilah dia En Khairul (kiri) dan En Mazli (kanan) selaku manager di Restoran Catering Temerloh ;)

Oklah sekian sahaja perkongsian untuk hari ini! Untuk Maklumat Lanjut dan Tempahan;

Wangsa Maju: (*Belakang Wangsa Walk) Dibuka setiap hari kecuali Jumaat 
                        Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam
                        35-G, Kedai D'Wangsa, 
                        Jalan Wangsa Delima 12, 
                        Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
                        03-4141 5044

Bandar Baru Bangi (*Sebelah Bank Islam) : Dibuka setiap hari kecuali Jumaat 
             Business Hour: 10 pagi sehingga 8 malam
             4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8, 
             Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
             010-206 9590

Shah Alam: Dibuka setiap hari 
                    Business Hour: 8.30 pagi sehingga 6 petang
                    2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 
                   40000 Shah Alam, Selangor
                   03-5523 2972

Jadi tunggu apa lagi? Hehe, silalah book siap-siap bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi ok! ;)


Antara rakan blogger yang turut hadir! Terima Kasih Restoran Catering Temerloh atas sajian yang membuka selera dan servis yang terbaik! 


5 comments

  1. sedap gilaaa ikan patin...selalu rasa ikan kecik, tak sedap sebab berbau hanyir...tapi ini mmg sedap gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan.... ni memang terbaikk lah... fuh rasa nak repeat lagi je hehe

      Delete
  2. Hoho... kak no bab ikan patin tempoyak ni memang berantu tapi tgk pd yg masaknya. Terlebih tempoyak dan manis sgt pun x boleh. Dah cuba temerloh catering ni. Selalu ke sek 15 jer.

    ReplyDelete
  3. Ooo rasanya dah komen blog u ni.. pelik. Hehehehe

    Ok kak no komen lagi.. dah cuba ikan patin temerloh ni kat sek 15. Tapi x semua yg hebat boleh masak ikan patin tempoyak. Ada sesetengah yg kak no x boleh terima cara dia masak. Terlalu manis dan lebih tempoyak.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedapnya Ikan Patin Tempoyak memang kegemaran kita.. Bangga jadi orang Pahang kan hehehe...

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda