JOM BACA! CABARAN DAN TIPS DALAM BERBISNES ONLINE!

Monday, October 26, 2015

Assalamualaikum and hye!
Berminat dalam perniagaan online? Tapi tak tahu mana nak mula? Jadi saya sarankan anda bermulalah dengan menjadi agent atau drop ship supaya anda boleh belajar cara nak manage beberapa perkara dalam berbisnes =)



Masuk tahun ni dah hampir setahun lebih saya berniaga online. Ya, setahun lebih belum cukup lagi ilmu tu... Paling minimum pon 5 tahun. Banyak perkara saya belajar dari basic sehinggalah perkara-perkara yang lebih besar seperti promosi, stok inventory, online data-based, cara handle customers, dan pelbagai lagi termasuklah  time management since saya masih belajar dan semakin hari semakin besar cabaran dalam menempuh alam separa pekerjaan.


Student's life


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pendapatan bulanan saya. Sejujurnya, pendapatan saya yang hanya ambil order dan handle customers adalah RM 100- RM300 sebulan depends kepada jumlah order dan promosi. Time raya pernah mencecah RM500 sebulan. Kadangkala terpaksa kurangkan memproses order atas sebab final year student yang semakin busy. Boleh la buat bayar sewa rumah atau membeli belah =) Tapi apa yang saya nak kongsikan bersama anda harini adalah cabaran-cabaran dan cara saya atasi cabaran tersebut beserta apa yang perlu anda fikirkan secara proaktif dalam berbisnes.


" Owh senanglah kau ambil order dan layan customer je, supplier buat semua benda seperti pos barang"

Ya, memang tak dinafikan menjadi supplier adalah tanggungjawab yang besar. Bukan senang nak senang. Kena daftar syarikat, SSM, cari pembekal raw materials, buat branding, promosi, bayar upah pekerja, bayar photographer, upah model, sewa studio dan pelbagai lagi. Pada mulanya, bagi saya ambil order customer bukanlah perkara mudah tapi sudah menjadi kebiasaan bagi saya nak hadap pelbagai karenah dan ragam customer.


Masalah bertambah besar apabila supplier sendiri lambat respond dan saya terpaksa menanggung apa jua akibat yang bakal berlaku. Nak jadi orang tengah bukan senang tau. Sebab tu management sistem sangat penting.  Alhamdulillah supplier tetap saya kini ialah kakak sedara saya sendiri iaitu founder di Euphoria.com.my :) Banyak ilmu yang saya tuntut daripada beliau. Beliau tidak pernah kekok dalam berkongsi ilmu dalam berbisnes terutama cara nak manage customer, promosi dan stok inventori. Al-maklumlah, saya bidang lain beliau bidang bisnes hehe.



Tapi, minat saya untuk mengumpul koleksi jualan saya sendiri semakin bertambah di bawah Shiqin Sunshine's CollectionSo, saya pon mencari supplier yang menjual barangan lain juga. Daripada situ saya belajar membuat perbandingan dari segi management sistem yang digunapakai oleh mereka. InshaAllah ilmu ini akan berguna untuk saya di masa hadapan kelak =') 

Pengalaman sepanjang saya berbisnes ni panjang kalau nak diceritakan. Teringat dulu first time terima order daripada customer. Perasaan tu hanya Allah je yang tahu. =') gembira sangat! Sebab tu kalau masuk grup bisnes lain, saya faham perasaan mereka yang asyik share pasal order yang diterima. Semakin hari semakin bertambah bilangan yang nak order dan sehinggalah timbul masalah seperti ditipu customer, customer cerewet, masalah dalam sistem inventori dan pelbagai lagi





Keserabutan masa tu tak dapat nak bayangkan. Rasa nak nangis pon ada jugak. Ramai2 cutomer duk mesej kata barang tak sampai dan ada yang terima salah barang. =( Nak tak nak kena hadap jugala. So, masa ni lah saya guna segala skill memujuk saya. mueheheh... Alhamdulillah customer yang marah2 boleh terima... Ada tu terpaksa bagi diskaun lebih sikit kan...hehe 


Yang paling kesian sampai sekarang saya ingat. Customer daripada oversea harga postage lebih mahal daripada harga barang. Sebab suka punya pasal. Tapi takde rezeki dia, parcel kena return balik kat Malaysia. Nak ambil kena bayar lagi. Makanya dibiarkan sahaja di airport. hurmm... Saya hanya mampu mohon maaf jela. Tapi dia redha sebab bukan salah pihak kami. Tapi serius kesian sangat!


Apa-apa pun sekarang ni kami dah ada pelanggan tetap kami =).. Cuma sekarang saya kurang update pasal bisnes. Bagi saya kurang, mungkin bagi orang lain itu dah terlebih promote =p. Setiap bulan saya ada target. Tapi dah final year ni terpaksa kurangkan. Hehe wish me luck for my final year semesters!! 

Ok lah, Mungkin pada sesetengah orang bisnes adalah simple dan mudah. Apa yang telah saya kongsikan mungkin anda pernah baca diluar sana tapi mungkin juga ada perkara yang saya hadapi tidak semua dapat merasai lagi. =)  Mungkin ada yang memandang remeh apa yang saya sharekan..Al-maklumlah belum jadi jutawan lagi kan. Hehe... So secara ringkasnya jom tengok Do's and Don's.. Semoga bermanfaat =)

Dons' (JANGAN)
-jangan jual barang menggalakkan orang mendapat dosa
-jangan terlalu mengejar keuntungan (pada permulaan perniagaan, biasanya rolling je duit tu utk supplier la, hehe) 
-jangan mudah putus asa, kejatuhan mengajar kita membaiki kelemahan
-jangan terlalu mendengar cemuhan orang (biaq pi depa nak kata apa, janji kita tak buat salah)

Cabaran
-customer cerewet. Macam mana sekali pon, kalau mood tak baik jangan reply mesej customer. Note pada customer mesej akan di reply 24-48 jam
-supplier lambat update (Kalau asyik lambat update dan status pon tidak diketahui, baik cari supplier lain okayh!


Dos' (SILA BUAT)
-rajinkan solat dhuha
-banyakkan bersedekah
-kongsi rezeki dengan ibu bapa dan keluarga
-perlu buat perjanjian (antara supplier dan agent, antara agent dan pembeli)
-promotion dalam insta menggunakan hashtag, FB dan blog/website
-aktifkan whatsapp/telegram/wechat (Mudah untuk dihubungi)
-join swap review
-selalu survey supplier yang paling murah
-buat internet banking (Mengelakkan ditipu oleh customer)
-daftar SSM
-tanya feedback customer dan sharekan!


SEKIAN.. ~

0 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda