Korban cintaku demi sahabat...[Part 1]

Thursday, July 19, 2012


Assalamualaikum buat semua....Kisah ini mungkin juga terjadi dalam hidup anda mungkin juga hidup ku....Namun ini bukanlah untuk ditujukan buat sesiapa, namun jika cerita ini membuatkan anda terasa, saya mohon maaf ok..enjoy your reading kayh! (^^,)





Diriku diberi nama Humaira yang bermakna putih kemerah merahan...Begitu jugalah ciri2 fizikal yang ada padaku dari sejak lahir sehingga setiap wajah yang memandang pasti akan menoleh sekali lagi untuk melihat diriku...Aku, jarang sekali melafazkan cinta pada yang tidak hak namun kali ini, hati ini meronta-ronta untuk menyatakan cintaku pada seorang kaum Adam yang menarik hatiku. Tapi, apakah dia jodohku??


*gedebuk....buku-buku di tanganku terjatuh tatkala terlanggar seorang kaum Adam...

"maaf, saya tidak sengaja", mohon lelaki yang berwajah manis dan segak bergaya itu. "padahal sengaja" bisik lelaki itu halus membuatkan aku kurang kedengaran.

"maaf, apa dia tadi??" aku ingin memastikan bisikan halus lelaki itu.

"eyhh, takde apa-apa, maaf sebab saya terlanggar awak tadi, hehe" jelas lelaki itu.

"eyhh, tidak mengapa", jawabku slumber sambil membantu lelaki itu mengutip buku-buku ku.

"opss" kedua-dua kami tersentak dan terpandang antara satu sama lain ketika tangan kami bersentuhan.

Setelah selesai, aku meneruskan perjalananku tanpa disedari lelaki itu mengekoriku. Sambil meneruskan perjalanan ku, aku diajak berbual kecil oleh lelaki yang bergaya macho itu.


"err saya Syamsul, awak?" sambil menundukkan kepala ala-ala Japanese Style dengan machonya.

"Saya Humaira" sedikit sahaja aku balas kerana sifat ku yang agak pemalu dengan kaum Adam lagi2 yang kurang ku kenali. 


"err, awak nak pergi mana ni Aira?" dengan sesuka hati nya Syamsul memanggil aku Aira, tapi tak mengapalah, kawan2 ku juga gemar memanggilku Aira.

"saya nak pergi bus stop sana nak tunggu bas" sambil menunjuk ke arah bus stop yang lebih kurang setengah kilometer jaraknya.

"owhh, dah nak senja ni, awak nak pergi mana? Biar saya hantarkan. err jangan risau kakak saya pon ada sekali. hehe"  sambil menunjukkan ke arah kereta Toyota Rush putih bergaya dan terdapat seorang gadis di dalamnya sambil melambai2 ke arah kami.



"tak mengapalah, rumah saya dekat sahaja" balasku kerana terlalu segan lagi2 perjalanan ke rumahku selalu jam dan mengambil masa paling kurang 45 minit untuk sampai walaupon dekat sahaja.

"Kalau dekat lagi saya nak hantar, hehe, yela gadis macam awak ni tak elok jalan sorang2" balas Syamsul slumber.

Dengan melihat keadaan yang agak gelap pada ketika itu kerana sudah senja dan agak mendung, aku pon meringankan badanku ke kereta milik Syamsul walaupon hatiku berat sekali. 

"Urmm, yela, saya tumpang awak ye, nanti saya bayar tambang" dengan slumber je aku menjawab.


"hehe, awak ni kelakar dan comel lah" Syamsul berbisik halus.

"errr...apa dia tadi??" aku seperti mendengar perkataan comel, namun ingin memastikannya.

"haha, tak burung tu comel" sambil menunjuk ke arah pokok bersebelahan keretanya.

"owh, ha'ah comel sangat" sambil melihat ke arah burung yang berwarna kuning kebiruan sedang menguis bulunya di dalam sangkar. Aku tiba2 bernada sangat suka tanpa disedari. Kemudian aku cepat2  menundukkan kepala ku apabila Syamsul seperti tergamam melihat aku. Maklumlah,  auto reflection tu berlaku tanpa disedari apabila aku sukakan sesuatu benda.

Syamsul tersenyum sambil menggeleng2 kan kepalanya. 

Ketika di dalam kereta aku disoal bertubi2 oleh Syuhada iaitu kakak Syamsul.

"Urmm, adik ni Aira kan? Umur berapa? Kerja kat syarikat tadi juga kan?" dengan nada excited nya tanpa sempat aku membalas satu soalan pon.

"err...macam mana akak tahu?" soal ku kebingungan. "eyh, akak pon kerja kat syarikat tu juga dik, hehe dengar macam Syamsul panggil Ra Ra tadi tu yang akak bantai je Aira" gaya seperti menyembunyikan sesuatu.



END OF "Korban Cintaku Demi Sahabat" [PART 1]


NEXT PART [PART 2]


3 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda