Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Pasti ramai antara kita yang sudah tahu dan mungkin juga ada
antara kita yang masih tak tahu cara
beri salam yang betul dalam SMS, Whatsapp, Telegram, Wechat dan sebagainya.
Sudah lama perkara ini menjadi perkongsian sama ada dalam internet mahupun ceramah cuma
artikel kali ini adalah sebagai perkongsian supaya kita sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain. Tak salah kan? Hehe
Dalam rancangan Al-Kuliyah 2016 di TV3 kali ini adalah
perkongsian berkenaan memberi salam, yang dikira sebagai sedekah beserta dab-adab
memberi salam termasuklah dalam realiti mahupun di alam maya.
Tahukah anda, memberi salam sesama manusia adalah dikira sebagai sedekah? Hehe, Ini adalah
kerana kita dikira mendoakan kesejahteraan ke atas orang lain. Akan tetapi
perlulah diucap dengan sebutan yang betul dan seikhlas hati =) InshaAllah kita
juga akan mendapat kebaikan tersebut.
Baiklah, berbalik kepada topik di atas, cara yang betul menaip
dan memberi salam dalam SMS, Whatsapp,
Telegram, Wechat dan sebagainya adalah dengan menaip
SALAM ATAU ASSALAM
sudah memadai =) semekom, as’kum, samkom dan yang sewaktu dengannya adalah tidak digalakkan kerana membawa makna lain yang
tidak baik.
SALAM atau ASSALAM bermakna sejahtera, maka dengan menaip
seperti itu sudah memadai ketika ber message dengan rakan-rakan mahupun sesiapa
sahaja yang beragama Islam =)
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat
=)
- Friday, February 12, 2016
- 6 Comments