Assalamualaikum..
Nak cari produk terbaik untuk perlindungan anak-anak berumur 12 tahun ke bawah di musim Covid ni? Ha… Ni aku nak kongsikan kat korang semua satu produk makanan tambahan yang sesuai untuk mereka.
Biasanya
kalau kanak-kanak yang jenis susah nak makan atau memilih makan ni mak ayah
akan belikan vitamin untuk tingkatkan selera makan anak. Diffenz Junior ni
fungsinya sama macam vitamin dan boleh tingkatkan selera anak kerana ada
kandungan vitamin C dan D. Selain dapat tingkatkan selera anak, Diffenz Junior
boleh melindungi daripada jangkitan kuman yang berbahaya serta memberikan
nutrisi tambahan untuk bantu anak-anak membesar dengan aktif dan sihat.
Lagi-lagi waktu covid sekarang ni.
Aku tau
ramai mak ayah yang risau kat luar sana nak bawa anak-anak keluar kerana mereka
ni masih belum boleh ambil vaksin dan seperti yang kita sedia maklum, kes
harian Covid-19 ni tak ada tanda-tanda penurunan dan tak mustahil juga kes akan
naik balik macam sebelum ni. Dr Noor Hisyam juga dah bagi amaran mungkin akan
ada gelombang ketiga kalau kita tak jaga SOP.
Dengan Diffenz Junior, sedikit sebanyak ia boleh bantu tingkatkan sistem imun badan kanak-kanak ni untuk elakkan mereka daripada dijangkiti. Dah la tengah musim ramai yang pergi bercuti sekarang ni. Jadi, korang perlulah buat persediaan untuk beri perlindungan kepada anak-anak ni.
Jom kita
ambil tahu apakah kandungan Diffenz Junior ni.
Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)
Cendawan
ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa
kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal
kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai
hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun
daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak
tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara
bersendirian.
Tempoh masa
untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia
cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan
susah diperolehi.. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit!
Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir
Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk
kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.
Sememangnya
Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat
mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk
memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah
hutan.
Kebaikan Cendawan Susu Harimau
●
Mengatasi masalah resdung, alahan
dan ekzema.
●
Melegakan batuk, selesema, radang
paru-paru, asma.
●
Menguatkan paru-paru bagi pesakit
paru-paru kronik dan perokok tegar.
●
Menguatkan sistem imun badan
daripada jangkitan kuman dan virus.
● Digunakan secara tradisional untuk
merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik,
allergi sinus dan asma.
Kolostrum
Kolostrum
ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan
dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai
cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor
Tumbesaran (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu
●
meningkatkan sistem imun badan
●
melindungi daripada jangkitan yang
melibatkan sistem pencernaan
●
kesan anti-mikrob dan anti-virus
●
melindungi daripada jangkitan sistem
pernafasan dan cirit birit
●
menyokong perkembangan dan
tumbesaran yang sihat
Multivitamin
Dan Mineral
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,
●
melengkapkan keperluan nutrisi
●
menyokong penglihatan
●
merangsang sistem imun badan
(immunomodulatory)
●
melindungi diri daripada
jangkitan
●
membantu menguatkan otot dan sistem
saraf kanak-kanak
●
membantu dalam penghasilan tenaga,
dan memelihara kesihatan sistem saraf
Buah Camu -
Camu (Myrciaria Dubia)
“Digunakan
bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”
Camu-camu,
yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau
Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding
buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian
mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi
daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah
camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.
Superfood
ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids,
anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun
badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan
merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak
mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan
Manganese.
Kebaikan Buah Camu-Camu
●
Menguatkan sistem imun
●
Antioksidan dan anti-radang
●
Melangsingkan badan dan mengurangkan
sel lemak
●
Menstabilkan tekanan darah tinggi
●
Merangsang penghasilan kolagen
●
Mengawal gula darah
Vitamin D
Jika dulu
vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini
saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan,
menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan.
Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana membantu meningkatkan
lapisan saluran pernafasan.
Malah, ada
golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita
berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil
dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.
Walaupun
Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4%
rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat
penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan
tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada
matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan
vitamin ini di antaranya termasuklah:
- Warna
kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.
- Cahaya
matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian,
kaca, awan mendung dan topi.
Hanya
10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan dan ini mengakibatkan
ramai individu mengalami kekurangan Vitamin D.
Vitamin C
Vitamin
ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu
pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus dan mengurangkan
kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.
Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.
Walaupun
pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih
bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua
vitamin C daripada makanan akan dapat diserap oleh badan. Pengambilan vitamin C
yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5
hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan
tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk
sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat
diperlukan masa kini.
Bukan itu
sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan
sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin
C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan
berhadapan dengan masalah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering,
sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.
Bagi
memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam
jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan
kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan
penyerapan zat besi.
Dapatkan Diffenz Junior Untuk Anak-Anak Anda
Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid
Kalau
korang tengok pada bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior, ia dihasilkan
untuk menyokong kesihatan dan memberi perlindungan yang terbaik untuk
kanak-kanak serta membantu meningkatkan perkembangan dan tumbesaran mereka.
So, kalau
anak korang ada resdung, alahan dan eczema, Diffenz Junior ni memang sesuai
sangat.
Macam mana
nak dapatkan Diffenz Junior ni? Mudah je caranya. Korang boleh layari laman web
dan media sosial Eskayvie dibawah untuk dapatkan lebih lanjut mengenai Diffenz
Junior.
Website: https://diffenzjunior.com/
FB PAGE:
Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM:
Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/
- Wednesday, December 01, 2021
- 0 Comments