Assalamualaikum semua, Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi dengan sahabat2 yang sudi membaca blog aku.... ;) mohon jangan ada rasa pelik dengan cara penulisan aku ok.
Macam mana dengan hari Jumaat korang? =D hehe, cukup baikkah? atau sama? atau lebih teruk dari sebelumnya? hopefully baik2 je semua...huhu...So, berbalik kepada topik....selalu kalau korang berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w melalui sebutan mahupun dalam hati rite?
Entry ni memang panjang aku cakap...haha, kalau korang rasa malas, aku doakan korang rajin nak bukak entry ni suatu hari nanti... =D JANGAN LUPA UNTUK BOOKMARK! =D
Dinyatakan dalam al-Quran sebagaimana firman Allah (mafhumnya),
"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)
Jadi, korang tahu ke macam mana Allah dan Malaikat berselawat?
Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad bukan dengan kata-kata seperti
yang kita menyebut dalam ungkapan selawat yang terkenal. Salawat Allah ke
atasnya bermaksud Allah Taala sentiasa memberikan
kepadanya kebaikan dan
kerahmatan daripada hidupnya hingga wafatnya dan sehingga pada hari-hari
Baginda hidup dalam alam barzakh hinggalah ke hari kiamat.
Inilah yang
disebutkan dalam kitab Tafsir Al Qurtubi, juzuk 14, halaman 222 yang bermaksud,
"Salawat daripada Allah adalah turunnya rahmat Allah dan keredhaanNya kepada Nabi Muhammad sepanjang masa".
Salawat daripada Para Malaikat bermaksud,
"Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad S.A.Wsepanjang zaman serta meredhainya.
Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya), "Sesiapa yang bersalawat ke atasku satu selawat, maka Allah merahmatinya dengan 10 rahmat".
lets do zikir, istighfar, and selawat to keep your heart healthy..
Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata,
"Doa
hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas
Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa
tersebut.
Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya".
Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya".
Demikianlah hebatnya salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam.
SUMBER: LINK
P/S: memang dulu cikgu aku ada pesan, kalau lepas berdoa tu, akhirilah doa kita dengan selawat ke atas nabi supaya diangkat doa tersebut, maknanya lebih mudah diperkenankan...wallaua'lam... selamat beramal! =)
- Friday, October 05, 2012
- 6 Comments