2020: Cara Print Resit Transfer Maybank2u New Interface

Wednesday, July 29, 2020

Assalamualaikum..

Nampaknya dah lama juga blog ni terbiar ye.. Banyak jugak nak tulis dalam ni.. Dah ada draft cuma kena touch up sikit untuk lebih menarik infonya.

So berbalik pada tajuk, kenapa entry ni wujud?

1. Korang dah transfer tapi lupa nak save resit trasfer dari Maybank2u 
2. Dah save tapi hilang plak. 
3. Dah screenshot lepas tu terus logout and lupa nak paste kat mana2 (Aku la tu), bila bukak balik Maybank2u dah xboleh tengok full details balik.


So, jom tengok cara dia.

1. Korang bukak link ni KLIK.
2. Klik "Back to Classic Maybank2u" macam gambar bawah ni.


3. Login macam biasa
4. Pilih Account & Banking
5. Klik Saving Account
6. Pilih M2U History
7. Pilih Reprint Receipt.

Kalau Maybank2U new interface tak boleh trace full resit. So, kalau korang follow steps yang aku  share ni boleh dapat full details resit macam ni.




Benda memang simple tapi kadang-kadang ada jugak yang tak tahu kan. Lepas try & Error dapat lah buat entry ni.. Semoga bermanfaat!!





0 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda