Rupanya Ini Salah Satu Cara Rawat Sakit Sendi

Tuesday, December 26, 2017

Assalamualaikum..

Hari ni berpeluang untuk share dengan pembaca blog ni salah satu cara merawat sakit sendi. Ini bukan iklan tau haa sebabnya ni based on experience aku sendiri. Korang boleh cuba dan yang selebihnya kita tawakal je ok.

Tapi mesti korang nak tahu kan macam mana aku boleh dapat sakit sendi/otot atau lebih specific nya aku terkena muscle sprain. 

Firstly, aku dapat ni bila aku join second class swimming. Al-maklumlah excited terlebih so teknik pon tak berapa nak betul sampai tercedera time buat breast stroke. Haaa, nak tahu lanjut pasal swimming ni korang google je la ok.

Nak dijadikan cerita lepas aku cedera tu, aku teruskan jugak swim al maklumlah fikir tu benda kecik je. Dalam sakit-sakit tu jugak aku swimming excited punya pasal. Aku start hujung bulan Oct 2017 macam tu and sampai harini aku still rasa sakit.

Pelik bin ajaib sebab takde langsung lebam atau kesan luka sebab Dr cakap kecederaan melibatkan cell dalaman. haaa... So, nak tahu lanjut kena buat MRI scan. Aku pon macam hurmm takpelah Dr. 

Sebelum jumpa Dr. tu aku google la pasal muscle sprain ni and apa langkah-langkah nak cepat sembuh tapi ada point yang bercanggah dengan apa yang Dr suruh aku buat. Apa yang aku baca kita kena rehat and jangan force sampai 6 minggu tapi Dr plak suruh aku put more effort on muscle biar dia biasa.

Dr sambung lagi kalau sakit baru stop. Ohh mann, aku buat macam Dr suruh tapi makin sakit. Aku tak tahulah aku salah faham cakap Dr ke ape tapi aku banyak kali clarify dengan Dr ni... Dr specialist tau.. Malas mention Dr mana.

Last2, untuk second appointment tu aku jumpa dia aku buat macam dia suruh stretching and exercise semua tapi dia sarankan aku jumpa physiotherapist. Aku macam what la? Baik suruh aku jumpa awal2 kan senang tak perlu habis duit dengar bebelan dia yang aku dah tahu end up suruh aku jumpa physiotherapist.

Last2, aku pon cerita lah kat kawan rapat dan dia pon share satu benda ni dengan aku;

Cara baca dia; Waiza batashtum batashtum Jabbarin.
Baca 3 kali sembur dekat tapak tangan dan urutkan kat tempat yang sakit. Niatkan dalam hati mohon kesembuhan daripada Allah inshaAllah berkesan. Buatlah hari2...hehe.. Sebab kawan aku ni 3 bulan tak boleh bersukan last2 ni lah ikhtiar dia and alhamdulillah berkesan inshaAllah.

Kaki aku pon dah kurang sakit dan sekarang menanti waktu ia sembuh sepenuhnya. Aku elakkan makanan terlalu sejuk dan elak exercise berat2. Stretching aku buat yang ringan-ringan je hehe sebab solat pon kita dah terasa macam buat stretching ye dop? hehe

So, aku harap cara ni serba sedikit membantu korang yang memerlukan di luar sana.. ecewah.. Selamat beramal!

Suka tak artikel ni? Kalau suka, jangan lupa share okayh ;) Terima kasih sebab sudi baca!

2 comments

  1. Alhamdulillah ada penawarnya, kebetulan saya pun tengah sakit sendi kebas-kebas tangan ni. Boleh amalkan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share angah. Acik pun nak amalkan, semoga sakit belakang acik ni tak berterusan sakit. Ni duduk lama-lama sangat pun tak boleh

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda