Pokemon Go 2.0 Ada Isu Keselamatan??
Monday, August 08, 2016
Assalamualaikum..
Sebelum ini saya ada kongsikan dengan anda semua kenapa saya uninstall game Pokemon Go 2.0.. Ternyata, penduduk yang menetap di luar negara pon tidak menafikan tentang isu keselamatan dan berpesan untuk tanggung sendiri segala risiko dengan bermain Pokemon Go 2.0 ni... BACA SINI
Kali ni saya bawakan sedikit perkongsian yang dikongsikan oleh sahabat kita... saya harap dengan perkongsian ini dapat membuka sedikit sebanyak minda kita!
BE ALERT!!
Ada sebab kenapa ianya diharamkan! Bacalah dan fikir-fikirkan! Dulu orang pun paranoid jugak waktu first FB Messenger keluar sebab FB Messenger mintak permission macam-macam yang boleh jadi potential spying apps.
Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar.
Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk.
Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base? Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kamu, tapi kalau kamu main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik?
Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara.
Kamu rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kamu dalam gambar walhal kamu tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada!
Facebook dah ada data wajah kamu. Kali ini kamu dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kamu berserta koordinat. Banyangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go.
Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah. Bayangkan: Gambar dalam rumah kamu, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat?
Kamu sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install. Kalau dulu nk target musuh cuma guna google map je..tu pon nmpk dari atas.. Tidak nampk rupa bangunan..
Next, ada google street view yang boleh menampakkan bentuk bangunan dan jalanan... Privacy sudah mula terganggu
Sekarang ini dengan Pokemon Go 2.0, lagi jelas nampak view dalam bangunan hasil tangkapan gambar oleh pemain Pokemon Go.. Bayangkanlah apa yang bakal berlaki kalau staff2 yang berada di markas tentera dan bangunan2 sulit negara??
Tanpa kita sedari kita telah menyebarkan maklumat kepada pihak ketiga!! Perlu diingatkan game tersebut menggunakan live view dan live streaming so on the spot je third party boleh dapatkan maklumat beserta koordinat lokasi!
Jadi, fikir-fikirkanlah wahai sahabatku!
0 comments
Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda