Anak-Anak Autism: Hyperactive and Social Distraction
Wednesday, April 27, 2016
Assalamualaikum...
Ahad yang lalu saya berkesempatan menonton Filem Redha arahan Tunku Mona Riza pada 24 April yang lalu.
Apa itu Autism? Anda boleh cuba mencari maklumat di laman sesawang mahupun bertanya kepada yang pakar. Antara ciri-ciri anak Autism adalah hyperactive dan sukar bersosial.
Filem Redha kali ini adalah diinspirasikan dari kisah benar iaitu kisah yang menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme.
Menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak autisme. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.
TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan : Current Pictures Sdn Bhd
Kisah yang penuh menyayat hati ini cukup memberi kesedaran kepada para penonton bagi menyedarkan masyarakat umum bahawa anak-anak Autism ini adalah tergolong dalam golongan yang istimewa.
Masa kemuncak cerita Redha inilah yang ramai tidak dapat menahan air mata dah nak sampai akhir cerita pon rasa sebak... Penat jugalah mata ni duk menahan supaya tak nangis tengok cerita ni... Hehe
So, apa lagi? Korang patut tengok cerita ni sebab segala tanda-tanda, karakter dan rawatan bagi membantu anak-anak Autism ini terdapat dalam Filem Redha ni... Kalau google pon mesti lama-lama lupa kan?
So, memang kreatif la cara pengarah Filem Redha ni mewujudkan kesedaran dan menyebarkan info berkenaan Autism ini ;) Superb!!
1 comments
macam best citer ni..tq for sharing..
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda