Virus Zika: Sebab, Punca dan Langkah Pencegahan
Monday, February 01, 2016
ASSALAMUALAIKUM AND HYE!
Tahukah anda Virus Zika
makin dipandang serius oleh seluruh dunia dan telah dikeluarkan amaran
berjaga-jaga oleh WHO (World Health Organization)? Bagi sesiapa yang kurang
tahu mengenai Virus Zika ini, harini saya dengan bermurah hati mahu berkongsi
dengan anda semua. =p
APA ITU VIRUS ZIKA?
Virus Zika pada
awalnya telah menjangkiti monyet-monyet di Zika, Uganda dan ianya telah lama
menjangkiti manusia. Virus Zika sebenarnya sudah dikenali sejak tahun 1954 lagi
setelah ianya menjangkiti salah seorang warga Nigeria melalui gigitan nyamuk
Aedes.
Nyamuk Aedes Mempunyai
badan dan kaki yang belang-belang
PUNCA DAN SEBAB PENULARAN
Pada tahun lepas
sahaja Virus Zika telah merebak ke Africa dan kemudiannya merebak di
Brazil dan yang terbaru ianya semakin merebak ke kebanyakan negara termasuklah
negara-negara asia seperti Thailand dan Indonesia.
Virus Zika akan terus merebak dan ia akan
menjadi sukar untuk menentukan bagaimana virus itu akan merebak dari masa ke masa. Baru-baru ini, bilangan kes
Zika di kalangan pelancong yang melawat
atau kembali ke Amerika Syarikat mungkin akan meningkat.
GEJALA-GEJALA VIRUS ZIKA (SYMPTOMS)
Secara basic nya, gejala-gejala jangkitan
virus zika lebih kurang seperti demam denggi cuma ianya tidak seperti demam
denggi berdarah.
* Jatuh sakit (1 daripada 5 orang mengalami
gejala ini)
* Demam,
* Ruam,
* Sakit sendi
* Konjunktivitis (mata merah)
* Sakit otot dan sakit kepala.
* Gejala yang berpanjangan selama beberapa
hari hingga seminggu
* Virus Zika biasanya kekal di dalam darah
orang yang dijangkiti selama beberapa hari tetapi ia boleh didapati lagi pada
sesetengah orang.
* Kematian jarang berlaku
* Boleh menyebabkan risiko kecacatan otak
kepada bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah
kepala kecil berbanding saiz normal atau microcephaly serta mengganggu perkembangan otak.
* Virus Zika boleh menyerang janin dalam
kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu
yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan
LANGKAH PENCEGAHAN
* Tiada vaksin wujud untuk mencegah penyakit
virus Zika (mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk penghasilan vaksin.
* Elakkan daripada gigitan nyamuk (lihat di
bawah).
* Nyamuk yang menyebarkan virus Zika
kebanyakannya menggigit semasa siang hari.
* Nyamuk yang menyebarkan virus Zika juga
merebak denggi dan chikungunya virus.
* Wanita hamil juga diminta mengelakkan
daripada pergi ke 22 negara di benua Amerika
Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French
Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay,
Suriname dan Venezuela. Di Caribbean:
Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico,
Cape Verde, di luar pantai barat Afrika
dan Samoa di Pasifik Selatan
LANGKAH PENCEGAHAN
TERPEINCI
* Pakai baju berlengan panjang dan seluar
panjang .
* Tinggal di tempat-tempat dengan penghawa
dingin atau tingkap/pintu yang ber”net”
* Tidur menggunakan net “anti-nyamuk”
* Gunakan spray penghalau nyamuk/serangga yang
telah didaftarkan dengan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA)
Pastikan anda beli yang
telah didaftarkan dengan EPA tau!
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini =)
Semoga ianya membantu... walaupun di
Malaysia tiada lagi kes yang dilaporkan, marilah bersama-sama mengambil
langkah berjaga-jaga ye kawan-kawan. Mencegah kan lebih baik daripada
mengubati. Tak gitu? hehe
SUMBER: www.cdc.gov (CENTER OF DISEASE
CONTROL) and WHO
6 comments
semoga kita semua dilindungi daripada virus ini
ReplyDeleteaminn.. inshaAllah sis
Deletebahaya sngat penyakit ni, semoga terlindung
ReplyDeleteaminn.. inshaAllah sis
Deletethanks atas perkongsian. tak alert pula dengan virus zika ni.
ReplyDeletesemakin hari, macam macam penyakit merbahaya wujud
Minta di jauhkan takut!!
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda