HomeMade Body Scrub/ Face Scrub: Cuma Perlu Dua Bahan Dari Dapur Anda!

Monday, February 15, 2016

Assalamualaikum and hye! ^^

Macam biasa, kalau bab tips kecantikan je, pasti laju daku menaip di blog! Hehe… Supaya nanti boleh jadi rujukan buatku dan rakan-rakan di masa hadapan jugak kan? Mana tau impianku nak bukak spa jadi kenyataan…hehe

So, sebelum saya share dengan anda semua apa DUA BAHAN RAHSIA *rahsia lah sangat~... untuk membuat homemade body scrubs/ face scrubs, anda perlu tahu info sedikit berkenaan scrubs, fungsi dan kekerapan untuk menggunakan scrubs ni.

GAMBAR HIASAN


KENAPA PERLU SCRUBS KULIT MUKA/BADAN KITA?

Scrubs berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati daripada anggota kita. Sebab tu lepas kita scrub, kulit menjadi lembut dan licin sebab sel-sel kulit mati sudah disingkirkan sekiranya scrub diapplikasikan dengan cara yang betul.

Anda tidak perlu gosok terlalu keras atau terlalu kerap. Jika anda lakukan, anda mungkin menanggalkan sel-sel sihat yang mungkin menyebabkan kulit anda kelihatan merah dan rasa sakit. 


BERAPA KERAP PERLU MELAKUKAN SCRUBS?
Sama seperti muka, badan memerlukan pengelupasan juga. Scrubs hanya boleh digunakan dua hingga tiga kali seminggu, dan menggosok dalam gerakan membulat adalah yang paling berkesan.

Jika kulit anda adalah sangat sensitif, mungkin anda boleh mengurangkan kekerapan melakukan scrub. Perlu diingat bahawa tujuan pengelupasan adalah untuk membuang sel-sel kulit yang mati.
 

RESIPI 2 BAHAN DARI DAPUR ANDA UNTUK MEMBUAT SCRUB:
- Serbuk Kunyit (Turmeric Powder)
-Gula Kasar (Coarse Sugar)

*Amount dia saya bancuh sama rata, gaul2 dan terus sapu hehe

Mudah dan murah. semua ada didapur.

*Basahkan muka/badan
*Ratakan bahan dan sapu rata pada wajah/badan.
*Gosok perlahan selama seminit. Jangan terlalu lama tau, nanti kuning jadinya…hehe, Tapi jangan risau, kuning serbuk cepat hilang. Siapa biasa masuk dapur dia tahu la..kehkeh
*Jika kering basahkan sikit jari dgn air. Gosok sampai cair gula.
*Bilas dgn air sejuk. Dah kering baru pakai pelembab muka..

Saya dah cuba, Kini giliran anda pula! Selamat mencuba.. Jerawat pun cepat kecut kalau amalkan seminggu dua kali. ^________^ 


DAH CUBA NANTI SHARE2 LAH TESTIMONI KAT SINI! HEHE ;-* muah ciked

P/S: Thanks Kak Nur Misnan atas perkongsian beliau, dapat tips je terus cuba... haaa, tudia nalaaa ngat aihh~~




2 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda